CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik, Terkunyah Anak Lipas Dalam Minuman Bubble Tea

4-3-2019 12:53 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3517| Komen: 8|Original author: Oleh: Nia M

Terdapat banyak kiosk-kiosk yang menjual bubble tea dan topping paling popular sekali dalam kalangan penggemar bubble tea ialah pearl berwarna hitam dan kenyal apabila dikunyah.

Di Filipina, seorang wanita terkejut apabila mendapati objek yang disangka pearl yang dikunyah olehnya ternyata adalah seekor lipas!

Kredit foto: Facebook
Wanita yang dikenali sebagai Annielle Bocaoco itu memuat naik foto minuman bubble tea jenama CoCo Milk Tea yang dibelinya, bersama seekor anak lipas yang telah mati, malah lipas itu telah tercabut sebelah kakinya.

Loading FB Post...


Di dalam post Facebook Annielle, dia turut memasukkan tag cawangan bubble tea di sebuah pasaraya di Manila, tempat dia membuat pembelian bubble tea tersebut. 

Eksekutif dari syarikat Coco Tea menghubungi wanita itu untuk membayar ganti rugi dan sebagai wang pampasan, bagaimanapun Annielle menyatakan rasa kecewa terhadap respon syarikat itu. 

Ini kerana dia berharap mereka lebih mengambil berat isu kesihatannya kerana dia bukannya inginkan wangnya kembali tetapi isu kebersihan Coco Tea yang menjadi masalah utama. 

Bagaimanapun, pengguna media sosial yang lain memberi pelbagai respon terhadap post yang dimuat naik Annielle di Facebook. Ada juga yang berpendapat Annielle hanyalah mereka-reka cerita untuk menjatuhkan syarikat berkenaan. 

Menurut Annielle, ibunya dan pemandu Grab yang dinaikinya menjadi saksi kejadian apabila dia meludah keluar seekor lipas dari mulutnya ketika sedang minum CoCo Tea itu. 

Susulan post Annielle, terdapat orang awam yang turut membuat pengakuan pernah terjumpa lipas di dalam CoCo Tea.

Kredit foto: Facebook
Annielle juga mendedahkan ini bukan kes yang pertama. Malah, pada 2016, seorang ibu terjumpa lipas di dalam CoCo Tea yang dibeli di sebuah pasaraya di Bangkok. 

Menurut Annielle, dia adalah penggemar tegar bubble tea dan CoCo Tea ialah salah satu jenama kegemarannya. Namun, apa yang berlaku benar-benar mengecewakan. 

Nampaknya, selepas ini penggemar bubble tea harus berwaspada takut-takut kalau pearl bertukar jadi anak lipas! -CARI

5

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-3-2019 01:09 PM
Benci betul kalau perkara betul pastu kata kita reka2 citer... anak lipas tu.. bwekkkk
Quote pearl.silver 4-3-2019 01:15 PM
Dah lama x minum bubble tea ni..
Quote shernazz 4-3-2019 01:40 PM
Iols oenah minum kat kenny rogers
Sedap melahap dan minum air..tetiba kawan iols nak muntah
Dalam.air dia ada lipas jerman
Hahahaha
Terus.iols tgk gelas iols..naseb xde...dan iols teruskan minum sebab masa tu kebulur sgt..
Kawan iols dpt air free pon dia xnak dh minum...mintak mineral water je...
Quote buapakperut 4-3-2019 01:52 PM
shernazz: Iols oenah minum kat kenny rogersSedap melahap dan minum air..tetiba kawan iols nak muntahDalam.air dia ada lipas jermanHahahahaTerus.iols tgk gelas i ...

boleh chuols teruskan makan huhu...lipas tu.... kalau iols tgk dah join termuntah.
Quote syadq 4-3-2019 02:35 PM
Extra protein so yummy
Quote giyomi 4-3-2019 06:36 PM
bubble tea black roach perisa terbaru uolz. sib baik iol duk gua and tk pnah nak minum minuman pelik2 ni
Quote EvieWanKenobi 4-3-2019 07:39 PM
jijiknya.. sah2 la kebersihan diabaikan..
Quote None68 5-3-2019 03:49 AM
Ala pilipin tu bukan semua benda belasah je ke..ni sure nak extra drinks..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057538 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top