CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jambatan Menghilang! Pelik Tapi Nyata, Inilah Laluan Menghubungkan Denmark Dan Sweden

4-3-2019 11:25 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 6533| Komen: 16|Original author: Oleh: nameera

Sekali pandang, seperti sebuah jambatan lebuh raya yang sempurna tiba-tiba menghilang di tengah lautan tanpa penghujung jalan. Kelihatan pelik, bukan?



Kredit Foto:  Koosha Paridel


Itulah keunikan jambatan ini. Keanehannya adalah kerana separuh daripadanya merupakan laluan bawah air.



Øresund adalah sebuah jambatan yang menghubungkan ibu kota Copenhagen, Denmark ke bandar Malmö, Sweden. 



Jambatan yang dibuka pada tahun 2000 ini mempunyai laluan biasa dengan jarak lapan kilometer dari pantai Sweden ke pulau buatan Peberholm di tengah-tengah selat. 

Kemudian, bermula dengan laluan bawah air iaitu Terowong Drogden sepanjang empat kilometer dari pulau buatan tersebut ke pulau Amag, Denmark.


Kredit Foto : twistedsifter

Kredit Foto : twistedsifter

Menurut beberapa sumber seperti TwistedSifter dan Earth Porm, ia merupakan terowong bawah air yang menggabungkan kereta api dan kenderaan bermotor seperti kereta dan lori.



Kredit Foto : twistedsifter

Øresund direka oleh firma kejuruteraan Denmark COWI dan arkitek utamanya ialah George K.S. Rotne. Jambatan dan terowong berjalan di selat Øresund dioperasikan secara bersama oleh kedua-dua negara ini. 

Untuk menggunakan Øresund, anda perlu membayar tol.


Kredit Foto : twistedsifter

Pulau buatan Peberholm dibina dari bahan yang dikorek dari dasar laut dan sebahagian besar terowong dibina oleh unsur-unsur konkrit yang diletakkan di atas tanah dan ditarik keluar serta diturunkan ke dalam parit yang dikeruk.

Flora dan fauna di pulau buatan ini juga berkembang secara bebas serta tidak terganggu selain menjadi tempat tinggal para ahli biologi. Persatuan Botani Lund telah mengenal pasti lebih daripada 500 spesis tumbuhan yang berlainan dan berfungsi sebagai tempat pembiakan yang popular untuk burung serta habitat lain yang jarang berlaku.


Menarik bukan? Apa kata anda? - CARIorg/wiki/Undersea_tunnel
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • faizalmukhtar

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-3-2019 12:17 PM
Ciptaan yang unik
Quote nadna 4-3-2019 12:22 PM
Cantiknya..
Quote tri-max 4-3-2019 12:53 PM
yg LGE punya bila nak siap
tol pon tol la
janji viral
Quote hanakikan 4-3-2019 02:19 PM
Copenhagen ke Malm 40 min je. stesen terakhir sebelum ke Malm stesen airport Lufthavnen kat Copenhagen.
Quote RatuDunia94 5-3-2019 12:46 PM
Teringat satu movie pasal deols trapped dlm terowong bawah laut.. lastu ada lori tangki minyak meletop.
Quote orgsepang 5-3-2019 04:16 PM
Akak lebih suka lalu jalan yang nampak langit
Quote tootii 5-3-2019 04:34 PM
menarik ..
Quote kaklong32 6-3-2019 11:59 AM
fuhh hebat2
Quote mohdcrow 6-3-2019 12:07 PM
RatuDunia94 replied at 5-3-2019 12:46 PM
Teringat satu movie pasal deols trapped dlm terowong bawah laut.. lastu ada lori tangki minyak melet ...

movie daylight
Quote Juju89 6-3-2019 04:01 PM
pembangunan yang sangat canggih serta mengkagumkan.
Quote RatuDunia94 6-3-2019 10:40 PM
mohdcrow replied at 6-3-2019 12:07 PM
movie daylight

Haah.. terasa nk tengok balik movie ni.
Quote munchkin 7-3-2019 04:59 AM
Menakutkan....

...
Quote lee_sakura 7-3-2019 08:43 AM
kreatifnya
Quote boolan 13-4-2019 03:15 AM
Wishlist{:run
Quote komotthecat 14-4-2019 12:35 AM
kalau xsilap kt hongkong pon ade satu. underwater tunnel
Quote rukia2 15-4-2019 07:44 PM
tootii replied at 5-3-2019 04:34 PM
menarik ..

Kreatif.. Tp menakutkn

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.134441 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top