Seorang lelaki gay trauma selepas dipaksa berpakaian seperti wanita ketika majlis perkahwinannya supaya tidak memalukan keluarga sebelah 'suaminya'.
Memetik METRO, Roy Singh, 29, dari Manchester mendakwa ibu bapa mentuanya sukar menerima kenyataan mengenai seksualiti anak lelaki mereka. Katanya, mereka hanya akan membenarkan anaknya berkahwin dengan pasangan sesama jenis jika Roy memakai rambut palsu dan kasut bertumit tinggi. Kerana sayang pada pasangannya, Roy bersetuju untuk tinggal bersama keluarga mentuanya di London, di mana ibu mentuanya yang berasal dari keluarga India mahu dia berpura-pura sebagai seorang wanita buat sementara waktu untuk menyakinkan komuniti bahawa anaknya bukan seorang gay.
Selain dipanggil 'Lucky', dia dipaksa melakukan kerja rumah dan terus berpakaian seperti wanita hingga Roy bertengkar dengan pasangannya kerana tidak tahan dengan layanan yang diterimanya. Difahamkan, Roy tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu kepada keluarganya kerana dia takut sebagai keturunan Sikh, ibu bapanya tidak akan mengakui Roy sebagai anak mereka. Bagaimanapun, ibu bapanya terlihat gambar perkahwinannya di Facebook dan melakukan perkara yang paling ditakutinya itu. Roy kemudiannya bercerai dengan pasangannya dan terpaksa menginap di hotel selama beberapa bulan hinggalah dia cuba membunuh diri selepas mengetahui bekas suaminya akan menikahi seorang wanita. Namun, dia terselamat sebelum pihak hospital menghubungi ibu bapanya. Roy bersyukur kerana ibu bapanya memaafkannya dan membawa dia pulang ke rumah mereka. - CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
None68 replied at 5-3-2019 02:53 AM
Mmg bapok pun kan..
ADVERTISEMENT