Isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan berdepan tuduhan membunuh suaminya. Memetik Harian Metro, Samirah Muzaffar, 43, dan dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 KK.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, tiga beranak itu ditahan di kediaman mereka jam 6.45 pagi tadi.
“Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan untuk mendakwa ketiga-tiganya mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 34 KK. “Mereka akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 2 petang ini bagi proses pertuduhan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan. Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin, 47, ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya selepas telefon bimbit di dalam biliknya meletup. Polis kemudian mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh selepas bomba mendapati kesan petrol di tempat kejadian. Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati Nazrin sudah meninggal dunia sebelum kebakaran selain terdapat kesan melecur di beberapa bahagian tubuh serta dua kesan lubang pada bahagian kiri kepala mangsa. Berikutan itu, beberapa individu termasuk balu Allahyarham dan bekas suaminya serta dua anak tirinya ditahan untuk soal siasat. - CARI
|
9
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT