Jika anda penggemar sandwic, pasti anda pernah bereksperimen dengan pelbagai inti seperti telur, sardin, ayam dan sebagainya. Selain mudah disediakan sebagai sarapan pagi dan minum petang, ada tip yang boleh menyedapkan lagi resipi sandwic anda. Selain suami, anak-anak pasti suka. Boleh juga cuba untuk aktiviti potluck dan piknik bersama rakan serta keluarga tersayang.
Ikuti tip yang dikongsi oleh saudari Ummu Hani di Facebook ini. Pasti rasa sandwic anda berbeza dan lebih lazat daripada biasa! Yam yam! Nampak sedap kan!
Bahan-bahan diperlukan: 1. Sardin 2. Roti 3. Mayonis 4. Bawang besar satu biji (dihiris) 5. Cili merah 2 biji (dihiris) 6. Limau Kasturi 7. Daun salad 8. Limau kasturi 9. Tomato 10. Timun "Sardin pula suka brand Botan, kalau tak ada botan baru ambil Ayam brand" "Kalau suka pedas, tambah lagi 3-4 biji cili, nikmat sebenar kalau tergigit cili dalam sandwic" "Tak ada sayur, tak bermakna sandwic kita" Langkah pertama: "Panaskan sardin dalam kuali, tak perlu letak minyak. Hanya dimasak kosong saja dan tambah sedikit garam. Biarkan mendidih." "Bila sardin dah masak, letak dalam pinggan. Ambil sosnya dalam 4-5 sudu. Kemudian, hancurkan sardin guna sudu." "Masukkan bawang besar dan cili merah ke dalam sardin. Gaul rata" "Perahkan sebiji limau kasturi, bijinya dibuang kemudian gaul rata" "Masukkan mayonis dalam 4 sudu, lebih banyak lebih sedap. Gaul rata" Masa untuk buat sandwic! "Ambil roti dan sapukan mayonis" "Ratakan sardin atas roti" "Letakkan salad, timun dan tomato. Tutup sandwic dengan sekeping lagi roti yang juga disapu mayonis" "Siap! Boleh dibelah dua atau buat bentuk mengikut cita rasa. Selamat menjamu selera." Resipi ini bukan juga mudah dan murah untuk dilakukan, boleh juga dibuat sebagai pendapatan tambahan untuk anda yang suka berniaga. Selamat mencuba! - CARI |
6
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT