Hebat, Proton X70 menerima sejumlah 20,000 tempahan setakat ini sekaligus menjadikan ia sebagai model SUV paling laris di Malaysia. Menerusi satu kenyataan, Proton berkata sebanyak 6,927 unit telah diserahkan sejak 12 Disember 2018.
“Pendaftaran model Proton X70 direkodkan pada 2,823 unit pada Februari termasuk seribu unit yang diserahkan kepada pelanggan,” menurut kenyataan itu lagi. Nyata sekali tempahan itu telah melangkaui sasaran syarikat, menurut Proton lagi. Ini sekaligus menjadikan Proton mendahului pesaing dalam pasaran dan berada di tangga ketiga sebagai jenama automotif pilihan rakyat Malaysia. - CARI
|
zaziot replied at 3-4-2019 10:46 AM
mmg cntek X70 ni....ada sesape bg review tak kt X70 ni..good car or not
bezita60 replied at 30-5-2019 02:51 AM
Youtube byk.
sabunkk replied at 27-9-2019 02:27 PM
aku nak beli sendiri tu lambat lagi la. hhahaha. ni boost ada offer Proton X70 untuk super shake con ...
heartbeating replied at 27-9-2019 02:31 PM
aku bru belajar guna boost. tp lebih terbiasa bayar pkai tangan .point pon tak pernah taw ad ...
ADVERTISEMENT