Jika anda peminat keluarga besar Kardashian serta sering mengikuti perkembangan selebriti adik-beradik itu, pasti tidak terlepas mengenai Khloe Kardashian yang dicurangi Tristan Thompson dengan sahabat baik adiknya sendiri, iaitu Jordyn Woods yang berteman rapat dengan Kylie Jenner. Kini, Jordyn dikatakan telah dipulaukan oleh keluarga Kardashian dek peristiwa tersebut. Malah, produk kolaborasi kosmetik antara Kylie dan Jordyn juga telah diturunkan harganya secara mendadak di laman web KylieCosmetics.com atas sebagai tanda protes. Kini, desas-desus bertiup di udara Holywood apabila kekasih Kylie, iaitu Travis Scott juga dilaporkan curang. Sejauh manakah kebenaran berita ini? Menurut laporan E!, Kylie menuduh Travis curang selepas menemui sesuatu yang mencurigakan di Instagram Travis. Jurucakap Travis menolak dakwaan tersebut dan dikatakan, dia telah membatalkan konsert dan terbang pulang ke Los Angeles. Malah, Travis juga telah memadam laman IG miliknya untuk menunjukkan bahawa dia tidak curang seperti didakwa. Sumber menyatakan bahawa perbuatan Travis itu membuatkan Kylie 'reda' dan 'kembali' semula untuk mempercayai Travis. Atau dengan kata lain, Travis Scott dan Kylie masih lagi bersama! Selain itu, sumber turut menyatakan bahawa kejadian curang yang berlaku terhadap ahli keluarganya membuatkan Kylie berasa sangat emosi dan sedih kerana melibatkan sahabat baiknya. Ketiadaan Travis yang terlibat dalam konsert jelajahnya membuatkan situasi semakin buruk. Dengan kembalinya Travis, dilaporkan keadaan kembali pulih dan bahagia bersama anak mereka, Stormi Webster.
|
8
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
1
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meteorspeed replied at 7-3-2019 12:31 PM
anak beranak suka black..
buragazz replied at 7-3-2019 12:40 PM
Suka black yang ghuper tak semenggah..
meteorspeed replied at 7-3-2019 01:02 PM
kan..muka pecah tembok mungkin "senjata" nya pasti senak hehehe
Juju89: Cantik,kaya, berpendapatan tinggi ,terkenal kenapa masih di curangi lagi?
RatuDunia94: Ujung2 anak nya mcm muka cucu peneroka felda jah..
joy_ah replied at 7-3-2019 07:56 PM
Aku ingatkan kanye yang bakalan curang. Masih kekal setia rupanya orang tua tu pada kim ye.
ADVERTISEMENT