Seorang lelaki yang diarahkan untuk dikuarantin di rumah kerana demam campak ditahan polis selepas didapati melanggar arahan itu. Menurut USA Today, Jeffrey Murawski, 57, dikatakan keluar dari rumahnya untuk pergi ke pusat gimnasium walaupun sudah diarahkan doktor untuk berada di rumah sehingga pulih kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.
Arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa gagal mengesahkan sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin atau tidak. Dalam kejadian 1 Mei tahun lalu, Murawski dihantar ke pusat kecergasan di Milwaukee, Wisconsin, oleh isterinya sementara dia bersembunyi di bahagian belakang kenderaan itu supaya tidak kelihatan oleh timbalan sheriff yang ditempatkan di luar rumahnya.
Tindakan Murawski dan isteri, Christine Bennett, 58, keluar rumah menyebabkan mereka berdepan tuduhan kerana mendedahkan komuniti terhadap risiko dijangkiti virus berbahaya itu. Lelaki itu ditahan sebaik timbalan sheriff terbabit menyedari dia berada di luar rumah walaupun diarahkan Jabatan Kesihatan Daerah Waukesha untuk berada di rumah sehingga pulih. Murawski diarahkan supaya dikuarantin di rumah 24 jam sehari, sehingga 7 Mei 2018 atau sehingga dia dianggap tidak berisiko menjangkiti orang lain. Apabila disoal siasat, lelaki itu meminta maaf dan berkata, dia tidak tahan terperap di rumah tanpa melakukan apa-apa. Murawski dikatakan hanya meluangkan masa selama beberapa minit di gim berkenaan sebelum berasa tidak sedap badan. Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang mengapa seorang timbalan sheriff ditempatkan di luar rumah Murwaski atau sekiranya ia langkah biasa diambil terhadap mereka yang dikuarantin. - CARI
|
5
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mina2215 replied at 7-3-2019 07:56 PM
Kat Malaysia pun sama. Di bawah akta CDC. Kalau engkar arahan, polis boleh masuk campur.
Contoh ...
ADVERTISEMENT