Gara-gara terlalu lama leka bermain dengan telefon pintar, kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut dalam mangkuk tandas.
Memetik Shanghaiist, dalam kejadian berlaku di Wuhan itu, kanak-kanak berusia enam tahu itu panik apabila mendapati sebahagian tubuhnya berada di dalam mangkuk tandas dan dia tidak boleh mengeluarkan dirinya. Ibu bapanya yang mendengar jeritan cemas anak mereka kemudian menghubungi bomba selepas gagal mengeluarkan mangsa. Difahamkan, anggota mengambil masa selama enam jam untuk memotong tempat duduk plastik bagi mengeluarkan kanak-kanak itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT