CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Trauma Tahu Suami Bintang Porno Gay

10-3-2019 02:05 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 12346| Komen: 55|Original author: M&M

Perkahwinan dibina atas dasar saling percaya antara satu sama lain. Tiada siapa dapat menyangka pasangan yang dikahwini akan mengkhianati kepercayaannya. 

Malang nasib seorang wanita yang berusia 26 tahun dari Amerika Syarikat ini, apabila mendapat tahu rupa-rupanya suaminya merupakan seorang bintang porno. Apa yang lagi mengejutkan ialah suaminya terlibat dalam porno hubungan sejenis. 


Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Google


Ia bermula apabila wanita itu sedang menonton pornografi di saat suaminya sedang tidur. Dia hanya mengklik sebuah video secara rawak sahaja namun terkejut setelah mendapati wajah pelakon lelaki di dalam video itu merupakan suaminya sendiri. 

Dia yakin bahawa itu adalah suaminya disebabkan sebuah tatoo yang mempunyai corak unik milik suaminya. Apa yang lebih mengguris hatinya ialah suaminya turut memakai cincin perkahwinan mereka. Ini bererti video tersebut bukannya video lama tetapi dirakam setelah berkahwin dengannya. 


Suaminya telah melakukan hubungan intim dengan banyak lelaki, justeru wanita itu risau terkena penyakit STD iaitu penyakit pelamin, lalu segera mendapatkan pemeriksaan di klinik. 


Memandangkan wanita itu buntu apa yang harus dilakukannya, dia bertanya pendapat di laman Reddit. 

Kredit foto: Reddit


Ramai yang tidak melepaskan peluang melontarkan pendapat mereka. Ada yang menyuruhnya memuat turun video tersebut sebagai bahan bukti untuk tuntutan cerai. 

Setelah mempunyai kekuatan untuk bersemuka dengan suaminya untuk bertanyakan hal tersebut, akhirnya suaminya mengaku telah bertemu beberapa lelaki melalui aplikasi dating Grindr. Dia juga mengaku mempunyai masalah ketagihan dadah yang telah mengubahnya menjadi homoseksual. 

Suaminya berjanji akan pergi ke pusat pemulihan dengan syarat isterinya tidak memberitahu hal itu kepada sesiapa, namun wanita itu berasa terlalu marah dan mengugut untuk menyebarkan video itu kepada ibu dan majikan suaminya. 

Baginya, semua sudah terlambat dan apa yang dia mahu hanyalah bercerai dengan suaminya. 

Kasihan sungguh. Semoga wanita di luar sana berwaspada dan membuat siasatan latar belakang siapa pasangan anda sebelum mengahwini mereka! - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 10-3-2019 02:12 PM
Bahayanya berlakika laki hensem
Quote ntahapapantah 10-3-2019 02:14 PM
Mmmmmm.

Dia juga mengaku mempunyai masalah ketagihan dadah yang telah mengubahnya menjadi homoseksual.


Kat Puterajaya melaung-laung Hidup LGBT.
Quote Catpaw 10-3-2019 02:29 PM
Gambar hiasan tu, baju sama gaya rambut sama berpegangan tangan sambil renung merenung eeiiiwwwww
Quote Bilissey 10-3-2019 02:41 PM
Mujur bini bijak
Quote dodolgemok 10-3-2019 04:20 PM
So gmbar mana gmbar? Video please! TT jgan malas buat kerja yah!
Quote najib888 10-3-2019 06:01 PM
Bahaya hisap dadah! Boleh ubah orientasi seksual
Quote brego 10-3-2019 06:07 PM
onexox97 replied at 10-3-2019 02:12 PM
Bahayanya berlakika laki hensem

masalah nya, tak hensem pun ada jadi LGBT.
siapa ingat kisah officer TLDM bergayah dengan anak hekan nya,
army TLDM gak. siap posing seksi atas katil.
siap solat berjemaah kata nya.
rupa officer tu macam pakcik2 normal jer.

aku jumpa link kat cari nih.

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1061870


Quote onexox97 10-3-2019 06:12 PM
brego replied at 10-3-2019 06:07 PM
masalah nya, tak hensem pun ada jadi LGBT.
siapa ingat kisah officer TLDM bergayah dengan anak he ...

Omg trauma i Okey
Yg anak ikan tu ensem xleh ke cari pasangan yg hellok sikit
Quote bangcak 10-3-2019 06:22 PM
i cadangkan dorang tu kawen dgn stazah.
bleh guide somi kembali ke pangkal jalan
Quote farlis 10-3-2019 07:35 PM
Aduhhh.. Kesiannya.. Cecepatla buat medical check up bagaii...
Quote kay781 10-3-2019 08:09 PM
Melayu islam pun tak terkecuali.. i berani je nak tanya kecenderungan seksual calon I ke arah mana.. Nak elak benda gini lah. Tak pepasal terkena hiv ke aids ke..mintak jauh
Quote noreen 10-3-2019 08:15 PM
Ok penyakit pelamin pon bolehhhh
Quote nikaido 10-3-2019 08:20 PM
Kenapa pompuan tu tengok porno gay?
Quote nikaido 10-3-2019 08:23 PM
Edited by nikaido at 10-3-2019 08:24 PM
najib888 replied at 10-3-2019 06:01 PM
Bahaya hisap dadah! Boleh ubah orientasi seksual


Sb tu bro2 yg pegi gym selalu dikaitkan dgn gay disebabkan steroid & ubat2 yg ditelan mengubah mereka.
Quote matchstick 10-3-2019 08:26 PM
Bini pun layan porn.. Kurang kasih sayang suami barangkali
Quote Beautifulliar. 10-3-2019 08:27 PM
Sian bini heols. Smlm meols br tengok kt youtube psl gay porn ni. Ntah gane duk cr bidio grandpa kitchen masak, tubek video gay kt recommended bidio. Ya ampun hensem ok dua makhluk tu sorg filifino mix portuguese sorg lagi latino. Both mmg deeply in love gitu. Bertentang mata xlps tp dua2 kdg jd bottom katenye pastu gelak2. Knp la bazirkn wajah kendo gitu utk sesama jnis, klo straight n kawen ngn pmpuan buleh wariskn kehenseman tu utk ank2. Meols xleh move on smpai skrg
Quote dokupangg 10-3-2019 09:00 PM
Err I pun ada terbaca di reddit but rasanya tak mention if this person is a he or a she almaklom perkahwinan sejenis pun dah diiktiraf kat sana. Masa baca tu iols terpikior juga ini wife ke or husband’s husband?
Quote hanakikan 10-3-2019 09:01 PM
so suami dia bisex ke, gay discreet ke atau gay for pay?
Quote dokupangg 10-3-2019 09:02 PM
nikaido replied at 10-3-2019 08:20 PM
Kenapa pompuan tu tengok porno gay?

Ye ini menguatkan andaian iols yg mengadu tu probably gay jugak, husband’s husband yaknow what i mean

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039377 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top