Seorang wanita baru-baru ini memuat naik sebuah cerita di Facebook mengenai sekumpulan individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai 'pihak berkuasa' dan menegur beliau dan suaminya secara kasar kerana berpegangan tangan di tempat awam.
Wanita itu berkata, kejadian berlaku di Pantai Senok ketika beliau dan suaminya sedang mengambil angin. 'Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang menegur kami secara kasar kerana berpegangan tangan, malah mereka juga merakam video,' katanya. Tambahnya lagi, beliau sebenarnya tidak kisah ditegur pegawai agama kerana itu adalah tugas mereka, tetapi bukan dengan cara kasar dan seperti mencari gaduh. Menambah kehairanan beliau, pegawai agama tersebut tidak menegur beberapa pasangan remaja lain yang berpegangan tangan dan duduk di atas riba teman lelaki secara terang-terangan. 'Bila kami menunjukkan kad kahwin, mereka tidak langsung meminta maaf, malah terus mengambil video. Jadi, dua adik saya yang ada bersama membalas tindakan mereka dengan merakam video pegawai itu pula,' tambahnya. Netizen yang membaca perkongsian wanita itu turut mengecam perbuatan pegawai berkuasa tersebut. 'Mereka sepatutnya menunjukkan kad kuasa sebelum membuat sebarang teguran,' kata seorang pembaca. Beberapa orang lagi mencadangkan wanita itu supaya mengambil tindakan undang-undang kerana memalukan mereka. 'Biarlah menegur secara molek dan berbudi bahasa' kata seorang lagi. Menutup perkongsiannya, wanita itu memberikan amaran kepada pasangan suami isteri lain supaya tidak berpegangan di tempat awam. Semoga insiden ini menjadi peringatan untuk semua. - CARI |
2
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chacon replied at 11-3-2019 11:27 AM
apa pasal pulak laki bini tak boleh pegang tangan tempat awam. betul ke ni? ke pusing cerita. lai ...
ADVERTISEMENT