Liverpool mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris EPL setelah menewaskan Burnley 4-2 di stadium keramat Liverpool Anfield dan sekali gus membawa 3 mata untuk mengejar pendahulu liga Manchester City. Pada minit ke-6 pemain tengah Burnley Ashley Wood menjaringkan gol pertama hasil sepakan penjuru. Pada minit ke-7 penjaga gol Liverpool Alisson Becker dilayangkan kad kuning kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil tidak memberi foul kepada pemain-pemain Burnley yang mengasak beliau. Pada minit ke-19 penyerang Liverpool Roberto Firmino menjaringkan gol 1-1 apabila penjaga gol Burnley Tom Heaton dan pertahanan Burnley James Tarkowski melakukan kesilapan.
Pada minit ke-29 Liverpool membuat kemunculan semula apabila penyerang kiri Liverpool Sadio Mane manjaringkan gol ke 2 Liverpool dengan keputusan 2-1. Pada minit ke-67 Firmino menjaringkan gol ke 3 Liverpool apabila Heaton membuat kesilapan menghantar bola terus kepada penyerang kanan Liverpool Mohamed Salah dan malangnya Salah terjatuh tetapi penyerang Brazil itu menyelamatkan keadaan dan menjaringkan ke 2 beliau. Pada minit ke-71 pemain tengah Liverpool Fabinho dilayangkan kad kuning apabila menangani slaid cuai. Pada minit ke-90+1 pemain gantian Burnley Johann Berg Guemundsson menjaringkan gol ke 2 Burnley dengan bantuan gol Matej Vydra. Pada minit ke-90+3 Mane menjaringkan gol ke 2 dengan bantuan gol Daniel Sturridge dengan keputusan 4-2. Liverpool masih belum tewas di Anfield dalam pertandingan EPL sejak musim 2017/18.- CARI
|
ADVERTISEMENT