CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Gula-gula Nostalgia, Siapa Pernah Makan Memang Legend!

13-3-2019 10:59 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 23975| Komen: 45|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Masa zaman kanak-kanak dahulu, banyak snek dan gula-gula sedap dan yang pastinya, kita semua pernah makan ataupun lihat. Kadang-kadang, kita terpaksa simpan duit sebab nak beli gula-gula berikut, sampai kena marah pun ada. 


Tapi, peredaran zaman kadangkala membuatkan kita lupa akan gua-gula yang penuh dengan nostalgia ini. Jom ingat kembali, LIMA gula-gula yang terkenal  suatu ketika dahulu!


1. White Rabbit Candy


Sumber Gambar: Quora

White rabbit candy merupakan gula-gula yang paling digemari suatu ketika dahulu. Mana tidaknya, lapisan plastik yang membaluti gula-gula tersebut boleh dimakan dan larut bila terkena air. 

Meskipun perisa vanilla adalah yang paling digemari ramai, sebenarnya gula-gula ini datang dengan pelbagai jenis. Turut tular baru-baru ini apabila White Rabbit turut mengeluarkan ais krim perisa gula-gula ini!



Sumber Gambar: Business Insider Singapore

Sumber Gambar: Untour Food

Namun, turut gempar apabila ada kajian mengatakan gula-gula ini mengandungi sumber yang tidak halal. Jadi, buat anda yang nak makan tu, periksa dulu okey.


2. Yupi Mini Burger

Masa kecil dahulu, jika kita teringin nak makan burger tapi tiada duit, Yupi Mini Burger adalah jawpannya. Yupi Mini Burger mempuya empat lapisan yang seakan-akan menyerupai burger sebenar. 


Sumber Gambar: Bukalapak


Sumber Gambar: Amazon

Pasti anda semua makan Yupi mini burger ni satu persatu dari roti di atas sehinggalah roti di bawah kan? Jangan risau, kita semua sama! Jenama Yupi turut mengeluarkan gula-gula dengan perisa yang sama, tetapi dalam bentuk pizza.


3. Gula-Gula Asam Boi.

Gula-gula asam boi turut merupakan kegemaran ramai pada zaman dahulu kerana rasa masam dan manis gula-gula itu. Yang istimewanya, dalam gula-gula ini terdapat asam boi sebenar dan kita boleh makan asam itu. 


Sumber Gambar: Shopee

Kadang-kadang, tinggal biji asam pun kita masih menghisap tanpa disedari. Punyalah sedap!


4. Nano Nano

Ini gula-gula yang agak legend pada zaman dahulu. Siapa masih ingat iklan Nano Nano yang catchy ini?



Sumber Gambar: Airfrov

Iklan Nano Nano ini sering dimainkan di televisyen sampai kita semua pun hafal, ya tak? Nano Nano sesuai untuk mereka yang gemarkan rasa masam dan masih dijual sehingga ke hari ini!


5. Murakawa Bubble Gum

Hanya orang yang bertuah sahaja pernah merasa gula-gula ini. Gula-gula ini datang dalam pelbagai perisa antaranya anggur, strawberi dan oren. Kotaknya yang kecil kadangkala tidak cukup kerana gula-gulanya yang sedap dan manis. 


Sumber Gambar: Behphy

Sumber Gambar: Flickr

Untuk mendapatkan gula-gula ini, agak sukar untuk dicari di pasar raya. Mungkin anda boleh cari di Shopee atau Lazada.

Zaman kecil dahulu penuh dengan memori dan gula-gula ini merupakan sebahagian daripadanya. Agak-agak, kalau anda nak throwback memori masa kecil, boleh beli gula-gula di atas! - CARI
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 13-3-2019 11:09 AM
White rabbit candy tu iolss cuma pernah makan yg gambar 1st tu je.. Igt lg iolss noob sbb bukak dia punya plastik clear tu, rupanya boleh je makan skali. Paling tak suka yg burger tu.. Iolss mmg tak makan semua gummy
Quote doubleA 13-3-2019 11:16 AM
Yeah semuanya pernah makan dan memang nostalgia zaman kanak2.

Gula2 rabbit tu lepas tadika singgah kedai beli, lama2 sebab anak dia suka sangat ayah beli satu paket dari supermarket
Quote kechikchomel 13-3-2019 11:31 AM
gula gula yang pembalut dia gambar udang tu!
iolss suka yg tu. gula gula rabbit tak suka sangat
lagi satu gula2 susu tu
Quote saviour_09 13-3-2019 12:05 PM
semua di atas!

sampai sekarang pun kalo jumpa still beli la sikit buat hilang kempunan
Quote az20 13-3-2019 12:08 PM
paling suke yupi tu
Quote ally9970 13-3-2019 12:16 PM
Wow!! mmg nostalgia... semua gula2 tu anak2 aku pernah makan...
Quote Artemesiaa 13-3-2019 12:30 PM
Kesemua itu masih dijual sampai sekarang kalau ke gerai old school disesetengah pusat membeli belah mesti akan jumpa selain kedai2 dikawasan luar bandar
Quote AmyOpy 13-3-2019 12:32 PM
Semua gula-gula ni ada jual kat Kedai Eco (RM2)
Quote RatuDunia94 13-3-2019 12:37 PM
Satu lg gula2 asam yg berkeping2 mcm duit syiling..
Quote mieymiey 13-3-2019 12:50 PM
Menggamit kenangan sangat
Quote Emperor95 13-3-2019 01:19 PM
semuanya pernah makan.
Quote batubata313 13-3-2019 01:26 PM
Ni memang nostalgia!  baru baru ni Inside Scoop keluarkan ice cream perisa gula2 rabbit ni
Quote gerbera.memopad 13-3-2019 01:28 PM
Gula2 rabbit best giler makan. Tapi plastik dia tu memang selamat utk di makan kah sebenarnya?

Rindunya nak makan Nano Nano . Dah lama tak nampak jual kat mana2. Dulu terpengaruh beli gula2 ni sebab iklan dia asyik keluar TV

Mini burger tu aku suka makan sekeping2 tp since aku kurang gemar makan benda yg liat2 ni so jarang beli.

Murakawa gum tu selalu beli kat kedai runcit dekat rumah. Yg asam boi tu macam tak ingat pulak.
Quote mea 13-3-2019 01:56 PM
nak menggamit nostalgia sgt, singgah ler ke kedai Cco RM2.10...melambak you...harap jumpa pintu keluar masuk..
Quote zu_nia 13-3-2019 02:11 PM
Yg lain suka jugak makan kecuali yupi mini burger. Sebab tak suka benda2 gitu. Hahaha
Quote pendekarpenyu 13-3-2019 02:46 PM
jajan zaman dulu2 semua ade jual kat 1 kedai borong kat melawati.. laaaaagii murah.....memang ramai peniaga runcit amek stock dekat kedai ni. kalau gi sana, hampir semua makanan masa kita budak2 boleh dapat.... seronok giler
Quote azimodin 13-3-2019 02:56 PM
Meouls paling suka gula asam keras tu, nanonano & yupi (burger & Pizza). Yang paling meouls x suka gula2 rabbit.

Bercakap pasal pasaraya eco, kedai tu mmg berhantu la. penat tau nak seret anak iouls keluar.
Quote fifie_olin 13-3-2019 03:39 PM
plg suka bubble gum tu
Quote yarid 13-3-2019 03:58 PM
Semua pernah makan. Dah tua rupanya sy ni......

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058647 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top