Lebih 200 orang membuat perhimpunan di hadapan sebuah mahkamah di pantai timur Ancona, Itali untuk membantah keputusan hakim yang membebaskan dua lelaki daripada tuduhan merogol. Menurut The Guardian, antara sebab keputusan itu dicapai adalah kerana ketiga-tiga hakim wanita mendapati mangsa itu kelihatan terlalu maskulin untuk penyerangnya. Hakim sepakat menyatakan keputusan itu selepas melihat gambar mangsa dan mengambil kira fakta yang menunjukkan salah seorang defendan telah menyimpan nombor telefon mangsa dengan nama samaran 'Viking'. Walaupun keputusan itu dibuat pada 2017, ia hanya mendapat perhatian pada Jumaat lepas apabila Mahkamah Agung Cassation, Rom, membatalkan pertuduhan tersebut dan mengarahkan perbicaraan semula diadakan.
Kedua-dua tertuduh pada mulanya didakwa merogol mangsa berasal dari Peru itu pada 2015. Nama mangsa bagaimanapun tidak didedahkan di bawah undang-undang Itali. Bukti menunjukkan kedua-dua tertuduh memasukkan sesuatu ke dalam minuman wanita itu dan doktor mendapati kecederaan yang dialami konsisten dengan kesan diserang. Namun, mereka kemudiannya dibebaskan mahkamah rayuan di Ancona selepas hakim memutuskan kenyataan mangsa menimbulkan keraguan kerana dia kelihatan terlalu maskulin dan tidak cukup menarik untuk dirogol. Peguam mangsa, Cinzia Molinaro kemudiannya merujuk kes ini kepada mahkamah tertinggi negara. Jelas beliau, "Hakim-hakim itu telah menyatakan pelbagai sebab untuk membuat keputusan membebaskan [defendan], tapi salah satunya adalah kerana mereka menyatakan tidak menyukainya [mangsa], kerana dia hodoh.Gambarnya juga memberi gambaran itu." Kes itu akan disebut semula di mahkamah di Perugia. Luisa Rizzitelli, jurucakap bagi Rebel Network, kumpulan wanita yang menganjurkan protes di Ancona menyatakan keputusan rayuan itu adalah 'tidak bertamadun'. Katanya, "Ia memalukan. Tetapi, untuk mendapatkan 200 orang untuk berkumpul membuat protes merupakan satu keajaiban untuk Itali - mujur, ia menunjukkan sensitiviti semakin meningkat terhadap topik sebegini." - CARI |
Bukti menunjukkan kedua-dua tertuduh memasukkan sesuatu ke dalam minuman wanita itu dan doktor mendapati kecederaan yang dialami konsisten dengan kesan diserang.
mieymiey replied at 20-3-2019 12:32 PM
Sedangkan kambing pun kena rogol
puteribaya replied at 20-3-2019 04:08 PM
emm at least kambing ada Ms V..baru2 ni heboh moto kena rogol hari2 siap ada bideo lagi..jantan le ...
mieymiey replied at 20-3-2019 04:56 PM
Kan? So alasan tak cukup menarik tu langsung takleh pakai!
ADVERTISEMENT