CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Makan, Main Game-Pelajar Dijemput Ajal Lepas Ambil Keputusan SPM

15-3-2019 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8271| Komen: 50|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 maut dalam satu kemalangan.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS) yang memperoleh 6A itu kemalangan berhampiran usur keluar Bandar Darulaman, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira kira jam 6.15 petang ketika dalam perjalanan menghantar salah seorang rakannya pulang ke rumah di Jitra.



Hakimie, (kanan sekali). Foto: Facebook
Astro Awani melaporkan, Muhammad Hakimie Ifwat Sabarudin, 18 sebelum itu sempat meluangkan masa bersama  tiga rakannya, Aqil Amzar Mas'ad, Amzar Amran dan Qumail Saini Suhaimi, di Aman Central, Alor Setar sebaik sahaja selepas mengambil keputusan peperiksaan.

Ketika kejadian, Hakimi yang menunggang motosikal bersama Amzar tidak sempat mengelak apbila motosikal yang dinaiki Aqil dan Qumail, brek mengejut di hadapan.


Hakimie terpelanting dan tak sedarkan diri manakala Amzar kesakitan akibat patah kaki.


Aqil menyatakan, "Saya naik motosikal dengan kawan yang selamat ini. Kami tekan brek untuk mengelak sebuah motosikal dinaiki seorang warga emas di hadapan kami. Mungkin mangsa di belakang tak perasan kami nak brek, jadi dia mungkin tak sempat brek dan terlanggar kami."

Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra bagi proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dibawa pulang bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pekan Pendang. 

Foto: Facebook
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 15-3-2019 10:53 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun

Takziah buat keluarga arwah...
tahniah juga untuk keputusan spm arwah dan kawan2 yang baik
Quote noor2 15-3-2019 10:57 AM
Sedihnya anak.....innalillah
Quote EvieWanKenobi 15-3-2019 10:58 AM
Innalillah.. meninggal di saat baru
nak sambung perjalanan hidup..
Quote noor2 15-3-2019 10:59 AM
Usahlah bawa laju sgt
Quote belon 15-3-2019 11:01 AM
Sedihnya..
Quote haryatie 15-3-2019 11:03 AM
Sedihnya .....innalillah
Quote zulka 15-3-2019 11:10 AM
Allahuakbar tak dpt bygkan perasaan orgtua arwah..
alfatihah
Quote SWORKS27 15-3-2019 11:14 AM
Allahu akbar..ni salah satu sebab kenapa aku x nak bg anak aku naik motor..walpoun dulu2 aku bawak moto g skolah...

aku x nak benda2 mcm ni jadi pada anak2 aku..

AL FATIHAH buat mangsa
Quote ikanmasin 15-3-2019 11:14 AM

Innalillahiwainnailaihirajiun...sedih nye parent tunggu anak balik..
Quote moonbug 15-3-2019 11:24 AM
Tahniah dapat 6A. Takziah atas pemergian. Ralat tak sudah la kawan dua orang tu
Quote cap_ayam 15-3-2019 11:28 AM
Takziah. Simpati sangat pada mak ayahnya.
Quote kucingitam 15-3-2019 12:00 PM
takziah buat keluarga arwah...langgar kawan sendiri rupanya..kesian, ramai yang kecam yang melanggar semalam. ada juga yang salahkan lori, ingat lori tu gesel dan lari..
Quote lasagnaklcc 15-3-2019 12:07 PM
Kesiannya family... mesti happy tunggu anak balik rumah.
Quote DARSITA 15-3-2019 12:19 PM

Kanan sekali ..  kanan kita or kanan dlm gambar?

so budak yg meninggal yang pakai cermin mata or yang hujung sanun?
Quote abangadek 15-3-2019 12:36 PM
student i pn meninggal pagi ni eksiden motor jugak, baru kemarin pegi ambil result spm
Quote farlis 15-3-2019 12:42 PM
SWORKS27 replied at 15-3-2019 11:14 AM
Allahu akbar..ni salah satu sebab kenapa aku x nak bg anak aku naik motor..walpoun dulu2 aku bawak m ...

Bkn takat motor, nk lps anak naik beskal pun takut..  I trauma sbb anak i kena langgar dgn motor dpn sekolah. Lintas jalan dpn sekolah dgn hubby i pun kena langgar..
Quote nanny_1 15-3-2019 12:42 PM
kesiannyaaa
mesti bebudak ni tengah happy sebab baru habis belajar dan nak sambung masuk u
parents dia pulak mesti ternanti2 nak tengok slip periksa anak dia
hmmmmmmm
Quote farlis 15-3-2019 12:43 PM
Salam takziah untuk family adik ni... Kesian juga pd kwn2 dia tu.. Mesti sedih sangat2... Bertabahlah semua...  Semua pelajar yg cemerlang pulak tu..
Quote FanTasyCreaTioN 15-3-2019 12:50 PM

Foto Muhammad Hakimie di telefon bimbit seperti ditunjukkan oleh salah seorang rakannya. - Astro AWANI


Innalillahiwainnailaihirajiun

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.168883 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top