CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Penyewa Dari Neraka'- Rumah Macam Tongkang Pecah, Penuh Najis Kucing!

18-3-2019 11:33 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7381| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kita selalu mendengar cerita penyewa sukar mencari rumah kerana pemilik mengenakan  kadar sewa yang tinggi atau memilih kaum tertentu. Ada juga berdepan dengan tuan rumah yang cerewet dan terlalu banyak peraturan. 


Bagaimanapun kisah kali ini berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh seorang tuan rumah berdepan dengan 'penyewa dari neraka'.


Kredit foto: Facebook



Seorang netizen yang hanya dikenali dengan nama Puan Suraya memuatnaik gambar-gambar apartmen miliknya di Setia Alam, Shah Alam. Menurutnya, penyewa yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan banyak kelengkapan dan bahagian rumahnya termasuklah tombol pintu dan memecahkan jubin lantai. 


Kredit foto: Facebook



Bukan itu sahaja, rumahnya ditinggalkan dalam keadaan kotor penuh sampah dan najis kucing di semua sudut bilik.


Kredit foto: Facebook



Kerana terlalu geram dengan keadaan itu, beliau kemudiannya telah mengarahkan penyewa itu keluar serta-merta. Bagaimanapun, penyewa itu enggan keluar sehingga beliau terpaksa meminta campurtangan pihak berkuasa. 



Kredit foto: Facebook



Lebih malang lagi, penyewa tersebut juga tidak membayar sewa rumah dan  bil utiliti yang tertunggak selama empat bulan! 

Menurut Puan Suraya, beliau telah mengingatkan penyewa tersebut beberapa kali tetapi banyak alasan diberikan. 


Kredit foto: Facebook


Antaranya menanggung kos pengebumian adik lelakinya, membayar hutang along abangnya, masalah bank, dan gaji sekadar RM2300 yang tidak cukup untuk perbelanjaannya.


Kredit foto: Facebook


Susulan perkongsian Puan Suraya, ramai netizen meluahkan rasa simpati mereka. Ada juga yang meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman yang sama.

'Penyewa dari neraka, rumah puan kini nampak macam tongkang pecah' kata seorang netizen 'Kesian puan, rumah dah tak nampak cute seperti asal' kata seorang lagi. 

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun ada juga netizen yang menasihati Puan Suraya supaya menjadikan ini sebagai pengajaran. 'Lain kali, kita kena siasat dahulu latar belakang penyewa rumah' kata netizen tersebut.


Kredit foto: Facebook



Tentunya satu pengalaman yang memanaskan hati bagi seorang tuan rumah. Pernahkah anda mempunyai pengalaman seperti ini? Kongsikan. - CARI 

6

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 18-3-2019 11:38 AM
sanggup tunggu sampai 4 bulan baru suruh keluar?
i 2 bulan je pun dah buat report polis suruh dia keluar rumah..
takde la banyak sangat kerugian kerosakan kena tanggung..
ni sampai lantai pun kena pecah..
ada la tu dia nak protest dengan owner..
kalau ada agreement, saman je kat court..
Quote zulka 18-3-2019 11:49 AM
giler la taik kucing besepah camtu
Quote LostStar 18-3-2019 11:53 AM
knp bnyk taik kucing.. mcmne hidup..
Quote Sang_Pencinta 18-3-2019 11:57 AM
prettyuglybabe replied at 18-3-2019 11:38 AM
sanggup tunggu sampai 4 bulan baru suruh keluar?
i 2 bulan je pun dah buat report polis suruh dia k ...

Mungkin dalam 4 bulan tu dia tak dapat masuk rumah sewa

Lepas penyewa keluar baru nampak keadaan rumah
Quote haryatie 18-3-2019 11:58 AM
eeeeeeeeeee
melampau nyaaa
Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:04 PM
Zaman sekarang ni buat rumah sewa pun kadang bukan boleh menguntungkan pun.  Kena penyewa yang macam ni stress jadinya.  Bukan sekadar sebab sewa tak dibayar je rumah pun boleh jahanam macam ni, lagi banyak belanja nak kena keluar untuk baikinya semula.
Quote prettyuglybabe 18-3-2019 12:42 PM
Sang_Pencinta replied at 18-3-2019 11:57 AM
Mungkin dalam 4 bulan tu dia tak dapat masuk rumah sewa

Lepas penyewa keluar baru nampak keadaa ...

bukan kira bagi masuk ke tak..
maksud i sanggup dia tunggu 4 bulan bila tenant dah tak bayar sewa..
i dulu sebulan je pun dah keep remind..
masuk je 2 bulan sewa tak bayar, i buat report terus..
bagi masa seminggu untuk tenant keluar..

Quote EvieWanKenobi 18-3-2019 01:30 PM
sakitnya jiwa tengok..
Quote mawar_mustika 18-3-2019 03:25 PM
mcm mana die blh hidup dgn taik kucing merata tu....klu i sebulan i dah remind...msk ke 2 sila keluarlh ye
Quote Kyra_Lydia 18-3-2019 04:38 PM
bodohnya penyewa jenis akal kat bontot. tak faham tahap berdengki @ marah owner sampai sanggup buat mcm ni.. apelah perasaan die bile nak step out hr tu...
Quote jebatmaspunyer 18-3-2019 04:41 PM
lambat bayar sewa tu biasalah tapi tahi kucing bersepah tu y x leh hadam... camner boleh hidup lagu tu? ke sbb lama2 dok bau, dah jadi lali?

Quote cikkittydiva 19-3-2019 06:50 AM
Aku da kene wey dgn penyewa rumah sewa mcm ni.. dia tinggalkan umah aku mcm ni la.. dgn bil api tertunggak dkt 1k... Gile!! Smpi skrg aku mtk duit dia baru aku rm 200.. geramnya lahai
Quote eimila 19-3-2019 09:16 AM
Inilah dilema tuan rumah..nak bagi sewa rumah ke tak..kang dh bg sewa jadi gini pulak. Huhuhu
Quote beautifulorchid 19-3-2019 10:11 AM
I just wondering how this kind of human can live inside the house full of shits...
Hidung diorang ni tak berfungsi ke? takde ke bau busukkk..
Quote adik_aza 19-3-2019 01:41 PM
Gilerlah penyewa camnih.. dia ingat tuan rumah beli rumah tu dulu bayar dgn daun agaknya..
Quote Minami2013 19-3-2019 02:10 PM
Macam rumah baru je... syg nye lah...
Quote fifie_olin 19-3-2019 02:58 PM
pengotornyaa
xde rasa tggjwb lsg
drp planet mna la makhlok ni
Quote bluebellvine 19-3-2019 03:15 PM
eeeuww gelinya.. nielah salah satu sebab kenapa ramai orang susah nk bg sewa rumah. kat tempat iolls mmg susah nk dpt rumah sewa. ramai yg lebih rela buat homestay je.
Quote Noraniza_Iblis 19-3-2019 03:18 PM
ni lah org kate..dh la miskin...pengotor plak tu..
ade je org susah,rumah kemas bersih je..
ni kau bela kucing ke..bela taik kucing??

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050355 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top