CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ini Temujanji Pembunuhan' - Waleed Aly Bersuara Isu Tragedi Christchurch Buat Netizen Pilu

16-3-2019 11:33 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5824| Komen: 6|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit Foto: The Project

Penyampai berita Australia, Waleed Aly mengungkapkan kata-kata penuh emosi susulan serangan maut di Christchurch mengatakan, "perkara ini sememangnya telah dijangka".

Hos The Project (versi Australia) itu menyatakan beliau tidak terkejut dengan serangan yang mengakibatkan 49 kematian orang awam terbabit.



"Dalam banyak perkara yang saya boleh katakan pada malam ini adalah saya kecewa. Saya takut dan saya berasa putus harapan. Antara perkara tak jujur untuk saya katakan adalah saya terkejut.

"Saya tak terkejut. Tiada apa yang berlaku di Christchurch mengejutkan saya," kata Aly. 

Menurut Aly, pengganas itu sengaja memilih waktu solat Jumaat kerana mengetahui mangsa yang beragama Islam pada hari itu tidak berdaya seperti 'ikan dalam tong'. 

"Ini adalah temujanji pembunuhan. Saya tahu, mereka yang melakukan perkara ini sangat jelas betapa tak bersedia mangsanya pada ketika itu," tegasnya.

Aly seterusnya menyenaraikan serangan lain yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini termasuk serangan di masjid-masjid di Quebec City dan London, serangan ke atas orang Yahudi di rumah ibadat di Pittsburgh, Pennsylvania dan serangan ke atas orang kulit hitam di gereja di Charleston, South Carolina.

Beliau menyalahkan keadaan ini berlaku akibat dorongan keganasan dan kebencian oleh ahli politik, termasuk Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. 

Beliau juga mengecam ahli politik Australia, Fraser Anning yang menyalahkan Islam atas serangan itu.


Kata-kata Waleed disambut tepukan gemuruh oleh mereka di studio. Kredit Foto: The Project

Aly menutup bicara dengan mesej menuntut keamanan dengan penuh bermakna.

"Marilah kita bersatu. Fahami yang ini bukanlah suatu permainan. Keganasan tidak memilih mangsanya. 

"Kita semua adalah satu komuniti. Semua yang kita perkatakan untuk memecah-belahkan masyarakat, memburuk-burukkan kumpulan tertentu dan melaga-lagakan mereka ada akibatnya walaupun bukan jari kita yang berada di picu senjata itu," katanya yang disambut dengan tepukan tanda sokongan hadirin di studio.

Netizen dari pelbagai negara nyata tersentuh dengan bait-bait komen Waleed Aly itu. Rata-rata berkongsi perasaan sedih mereka di laman Twitter The Project.



    
Netizen menghujani laman Twitter The Project susulan komen Aly mengenai serangan di Christchurch semalam. Kredit Foto: The Project

"Bangga seseorang seperti Waleed boleh bersuara di saat orang Islam kehilangan suara pada hari ini.
 
"Kata-kata yang hebat. Saya patah hati dengan tindakan keganasan yang tidak boleh dimaafkan ini. Saya turut berharap ianya membuatkan kita bersatu.

"Kata-katanya membuatkan saya menangis," antara komen netizen. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Genkidesuka 16-3-2019 12:27 PM
Edited by Genkidesuka at 16-3-2019 12:28 PM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Spt mana yg pernah dinyatakan dlm hadis Rasulullah s.a.w, ternyata kita dlm zaman keempat iaitu zaman kebebasan maksiat di mana fitnah2 sentiasa timbul utk melemahkan kaum Muslimin.   Tiada daya dan kuasa kita utk mengelakkan perkara ini dari berlaku.  Doalah sentiasa kpd Alah agar kita dan ahli keluarga kita ditetapkan iman hingga akhir hayat.
Quote Babanana 16-3-2019 01:04 PM
Tapi kalau tengok komen orang australia pun dorang macam agak menyokong manifesto lelaki tu.
Quote pokaibanktokyo 16-3-2019 01:25 PM

Typical australian terrorists. Their wives and mothers fuck with dogs while they get themselves hunted and arrested
Quote merrissa 16-3-2019 02:31 PM
Babanana replied at 16-3-2019 01:04 PM
Tapi kalau tengok komen orang australia pun dorang macam agak menyokong manifesto lelaki tu.

x sedar diri deme ni...pttnya org asli australia sumpit tombak je deme sekor2.....x sedar diri tol... #whitesupremacy
Quote rosevelvet 16-3-2019 03:32 PM
merrissa replied at 16-3-2019 02:31 PM
x sedar diri deme ni...pttnya org asli australia sumpit tombak je deme sekor2.....x sedar diri tol ...

Dorang pun keturunan buangan
Quote pai.kacang 18-3-2019 04:03 PM
x boleh tahan tgk video dia. sebak rasa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080995 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top