CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerajaan Tak Pernah Naikan Harga Minyak! - Ahmad Mazlan

24-9-2013 12:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14033| Komen: 109

Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).



Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.

"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.


"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya.
"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi.

Justeru Ahmad Maslan menegaskan Putrajaya perlu menstruktur semula subsidi agar kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan menanggung subsidi berkenaan.

"Sehubungan itu kaedah pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi lebih fokus dan menepati kumpulan sasar. Subsidi bersasar bukan subsidi tersasar," katanya.
Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebelum ini berkata inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak.
Ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan beberapa kajian kewangan yang menyatakan kadar semasa inflasi Malaysia pada 2 peratus akan meningkat berikutan harga bahan bakar lebih mahal.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan pemotongan subsidi bahan api dn menyaksikan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen bagi petrol RON95 menjadi RM2.10 seliter manakala diesel kepada RM2 seliter itu boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun.
Petrol berkualiti tinggi RON97 bagaimanapun kekal berdasarkan kepada harga pasaran. – 23 September, 2013
5

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 23-9-2013 06:29 PM
yer betul tu....


baik snyap..lagi elok
Quote cecari 23-9-2013 06:36 PM
betoi dan tepatlah seperti kata Datuk Ahmad Maslan , kalau hangpa tak caya tanyalah @Anak_Nogori   
Quote d-7-0ne 23-9-2013 06:43 PM
Dia lupa orang kaya/berpendapatan tinggi membayar cukai, sedangkan orang berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai. Jadi adillah semua orang mendapat subsidi yang sama. Bukan  apa, harga minyak perlu dikawal  kerana harga minyak yang tinggi menngakibatkan semua harga barang lain meningkat.
Quote TokAdi 23-9-2013 06:47 PM
tok rasa minyak di negara kita masih murah berbanding negara kurdistan
Quote AdamBillionaire 23-9-2013 06:52 PM
idiot. kalau dh bangla kau bawa sejuta orang? indon kau bawa sejuta orang? pakistan karpet sejuta orang? cmne nk tanggung subsidi rakyat malaysia?
Quote H猷L鰃頧 23-9-2013 07:25 PM
semakin lama semakin terserlah kebodohan si pulan ni, kesian
Quote kudajantan77 23-9-2013 07:29 PM
bangang punya menteri ...  otak letak dalam kerandut ...
Quote Cakkkk....aaaa 23-9-2013 07:30 PM
sehari dua ni memang musim menteri kita jadi bodoh ek?
Quote masa_lalu 23-9-2013 07:31 PM
d-7-0ne posted on 23-9-2013 06:43 PM
Dia lupa orang kaya/berpendapatan tinggi membayar cukai, sedangkan orang berpendapatan rendah tidak  ...

org miskin/biasa pun bayar cukai jugak
beli apa2 pun ada cukai
mungkin ko maksudkan cukai pendapatan
Quote totokreturn 23-9-2013 07:32 PM
Ini kenyataan TIMB. MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..... patut laa ekonomi malaysia semakin jahanam...
Quote ikanbilis 23-9-2013 07:45 PM
P ramlee kata.. "Bodoh..."
M Zain kata.. "terlalu bodoh.."


Quote FlowerGirl 23-9-2013 07:52 PM
Apa2 aje lah. Life goes on
Quote rdzaccess 23-9-2013 08:02 PM
Cadangan korang cam maner ? ....
Quote tebuanharimau 23-9-2013 08:05 PM
tunggu jawapan pak man
Quote AbukRokok 23-9-2013 08:07 PM
bagaimana kerajaan menangani penyedutan subsidi minyak oleh warga asing?
peniaga besar sukala ramai warga asing lagi laku barang
Quote AbukRokok 23-9-2013 08:07 PM
FlowerGirl posted on 23-9-2013 07:52 PM
Apa2 aje lah. Life goes on

hai Maya Karin
nak pesbuk
Quote munchkin 23-9-2013 08:12 PM
baiklah saya ambil maklum
Quote purpledesire 23-9-2013 08:12 PM
sampai bila la agaknye sandiwara kerajaan nie nak berakhir.?
Quote joeyss 23-9-2013 08:18 PM
apa pun alasan.. janji harga minyak dah kena top up RM0.20 seliter..

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.363231 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top