CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Ariffin Impikan Gadis Biasa-Biasa, Berangan Nikah Di Mekah

18-3-2019 05:51 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22264| Komen: 141|Original author: Oleh: Saiful

Zul Ariffin teringin sangat nak menikah di Tanah Suci Mekah.

Tapi nak menikah macam mana kalau gadis yang bertakhta di hati belum ditemui.



"Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.

"Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.



"Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.

"Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama," katanya kepada BH Online.

Tambah hero filem Misteri Dilaila ini, dia tak mahu lagi merancang soal jodoh.


"Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.

"Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.

"Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan."

Foto: IG
Zul hanya mahukan gadis biasa sahaja.

"Sebab itulah saya mahu mencari gadis biasa. Saya mahu pergi dan pulang kerja dengan tenang, tidak serabut dengan masalah peribadi." -CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rolypoly 18-3-2019 05:55 PM
propa much!
Quote fealefea 18-3-2019 05:59 PM
Tekan butang agama nmpk. Hancenggg

Quote Mulotkoyak 18-3-2019 06:01 PM
Perghhh ayat xnak kalah...baik suci xsepadan dgn tuan badan...bg solat penuh dulu dik...pergi mekah xsepertinya org nampak kamu baik...allah nilai hati and niat kamu tu dlu..ingt pergi melah terus hapus dosa ke? Jgn lupe dosa besar dik non oiii...
Quote msdummy.2018 18-3-2019 06:02 PM
Xhagak2 angan{:laugh
Quote masnona 18-3-2019 06:03 PM
Tahu la berangan tu percuma. Tp agk2 la wei
Quote pisangbanana 18-3-2019 06:10 PM
Geli dgn dia ni...dri dulu x suke tgok dia belakon
Quote MatDeghem 18-3-2019 06:16 PM
Edited by MatDeghem at 18-3-2019 06:17 PM

Binggooo .... ini lah calon yg paling tepat untok Jol. Boleh nikoh di depan kaabah macam umie aida...








artist dgn propa agama nya tak boleh di pisahkan ......








Quote soniackyy 18-3-2019 06:17 PM
sarcasm ni
Quote talia 18-3-2019 06:17 PM
Eww tunggang agama pulak, minah saleh hari tu ape citer?
Quote TerataiMelur02 18-3-2019 06:21 PM
habis madu sepah d buang.
akhirnya nak jugak cari isteri sesuci embun pagi..
Quote pearl.silver 18-3-2019 06:26 PM
Gadis ukraine dah ready peluk islam ke?
Haritu kemainn kata tengah belajar tentang islam dgn julripin kan..
Quote ira_229 18-3-2019 06:28 PM
Edited by ira_229 at 18-3-2019 06:31 PM

apoooooo????? yela tu...no comment..!
opppsss tapi dia kata impikan nikah depan kaabah....mimpi is free ma...
Quote edoraixora 18-3-2019 06:32 PM
taubat nasuha dulu dekkk sebelum ke tanah suci tu
Quote RatuDunia94 18-3-2019 06:36 PM
Dah puasssss ke mencelup??? Dah nak bersara ke??
Quote helicornia 18-3-2019 06:51 PM
rasanya sekarang ni dah tak bole dah nikah kat masjidil haram
Quote 3480 18-3-2019 06:53 PM
Mmg trend ngaku single ka apo
Quote jijana 18-3-2019 06:55 PM
Yg iols nak tau sapekah perempuan yg zul rancang nak kawin tu tp x jadik..
Quote Kfsyaaa 18-3-2019 07:05 PM
jijana replied at 18-3-2019 06:55 PM
Yg iols nak tau sapekah perempuan yg zul rancang nak kawin tu tp x jadik..

Siapa lagi
Quote prizadane 18-3-2019 07:09 PM
Cubaan mensucikan diri ke apa ni?

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.184404 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top