JOHOR BAHRU - Seramai 46 warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di kawasan rumah pangsa di Taman Desa Tebrau, di sini kelmarin. Serbuan sekitar jam 1 pagi yang melibatkan 60 anggota dan pegawai itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar. Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan berusia antara dua bulan hingga 40 tahun. Menurutnya, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Kita membuat pemeriksaan ke atas 100 warga asing dan hasilnya 46 orang didapati melakukan kesalahan. “Mengikut pecahan, 46 orang yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki, 17 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan,” katanya, di sini semalam. Masri berkata, serbuan itu dilakukan hasil aduan jawatankuasa penduduk yang mendakwa ramai warga asing tinggal dan menyewa di kawasan perumahan berkenaan. “Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan mereka sedang tidur malah tidak menyedari kehadiran anggota operasi. “Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, ada yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di atas siling, almari, bawah katil malah turun ke bawah dengan menggelongsor melalui batang paip, tetapi berjaya ditahan kerana kawasan persekitaran sudah dikepung,” katanya. Katanya, terdapat juga seorang wanita berusia 40-an cuba menawarkan seks agar dirinya tidak diambil tindakan. “Kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen perjalanan), seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 (disyaki memiliki cop palsu). “Mereka dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut,” katanya.
|
11
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sriwanis posted on 24-9-2013 01:49 PM
X kompius ke??? Mana tau ada warga tempatan..bek cek betul2...
the_killer posted on 24-9-2013 01:42 PM
baygkan
seorang pegawai imegresen malaysia namanya : Suprtino subianto menangkap warga indon nam ...
AdamBillionaire posted on 24-9-2013 01:37 PM
urm jawa ni mcm negro ek? kuat bekerja? bergaya pun style negro fashion must up to date.. aku ni tak ...
the_killer posted on 24-9-2013 01:42 PM
baygkan
seorang pegawai imegresen malaysia namanya : Suprtino subianto menangkap warga indon nam ...
sriwanis posted on 24-9-2013 01:49 PM
X kompius ke??? Mana tau ada warga tempatan..bek cek betul2...
the_killer posted on 23-9-2013 05:51 PM
susah...coz..ummah johor bugis,jawa,dan bawean masih ada saudara mara di indon...walau dah 200 tah ...
jazaa posted on 24-9-2013 08:05 PM
Ha...ha....
Peyno tak habis-habis lg dendam dgn org johor.....
Pompuan johor memang memilih peyno. ...
peYno posted on 24-9-2013 08:15 PM
dah la pengotor, berkerak ibarat periuk nasi makin bawah makin berkerak.. sekali cakap dan bunyi j ...
ADVERTISEMENT