CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Saya Pun Tertipu" - Aaron Aziz Mengamuk Ditipu Scammer, Gesa Pengikut Buat Laporan

20-3-2019 01:50 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8322| Komen: 29|Original author: Oleh: LilRose


Siapa tidak mengamuk jika orang mengambil kesempatan di atas niat baik kita. Menerusi Instagram Aaron Aziz, pelakon itu memuat naik dua video berikutan ditipu scammer yang kononnya untuk membantu bayi menghidap kanser.



Marah dengan penipuan itu, pelakon berkenaan bergegas membuat laporan polis dan meminta pengikutnya berbuat sama jika sudah 'menderma' ke akaun terbabit.

Dalam satu video lain, Aaron turut menggesa pengikutnya yang masih belum membuat laporan untuk berbuat demikian bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengesan aktiviti kemasukan wang haram itu.



Aaron sebelum ini berkongsi gambar seorang bayi yang menghidap kanser dan memerlukan sumbangan untuk menampung kos rawatan.

Difahamkan, gambar yang diambil dari Facebook Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia itu kemudian dipadamnya selepas menyedari ia suatu penipuan dilakukan sebuah sindiket.

Aaron kecewa dan terkilan kerana terjebak dalam penipuan itu walaupun sudah berhati-hati dan menyemak kesahihan posting berkenaan.

Bertabahlah Aaron, semoga mangsa penipuan lain membuat laporan di balai berhampiran bagi memudahkan siasatan polis. - CARI
5

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 20-3-2019 03:32 PM
Tengok gambar pun boleh tahu menipu..bengap jugak artis ni ye
Quote chicozinn 20-3-2019 03:55 PM
cer bagi link post baby tu..meoollss xde
Quote chinta89 20-3-2019 04:02 PM
mana link nk tgk
Quote limesherbet 20-3-2019 04:12 PM
I dah dua kali dapat panggilan scammer

Satu kata from Makhamah...lagi satu kata from badan pencegah rasuah( masa saat ni daku terfikir jugak aikkkk ade ke i bagi atau ambik rasuah ni?)

Yg panggilan dari court tu licik tapi mcm la org bodoh....first dia yg call...bila i jawab bolehnya dia bagi script " selamat pagi, makhamah tinggi kuala lumpur...boleh saya bantu??"

I confused seketika terus jawab "bantu??? Awak yg telefon saya....bukan saya yg telefon"

Dia jawab "cik....cik yg telefon nombor ni...boleh mintak nombor IC??"

I jawab "ape hal pulak nak bagi awak no ic i kat u...u yg call i!!!! .....Ohhhh i tau...u ni scammer niiii!"

Boleh pulak dia mula nak marah "eh ape sca....." i cepat2 hang up.... i made the last say. Yg buat i terus suspect tu panggilan scammer is when dia kata i yg telefon sedangkan terang2 dia yg telefon i... masih waras ok


Hishh2 jaga2 uol
Quote pai.kacang 20-3-2019 04:20 PM
rakyat malaysia memang murah hati... sebab tu scammer senang ambil kesempatan
Quote Sazida 20-3-2019 05:20 PM
3mgu lps MIL i kena panggilan dari scammer ni. Dia ckp bil telekom tertunggak. Pastu mtk ic. Semua detail dia sebut n betul. Yg kntoinya bila dia ckp MIL terlibat penggubahan wang haram. Cipet betul. Kak ipar i dgr je psl tu terus jerit makkk letak phone. Tu scammer. MIL i terus letak  n ajak Laki dia g letak duit dlm asb.
Quote MoFirdaus 20-3-2019 05:45 PM
pai.kacang replied at 20-3-2019 04:20 PM
rakyat malaysia memang murah hati... sebab tu scammer senang ambil kesempatan

Aaron orang Singapore
Quote Suchi 20-3-2019 06:14 PM
Edited by Suchi at 20-3-2019 06:15 PM
nazzse replied at 20-3-2019 03:32 PM
Tengok gambar pun boleh tahu menipu..bengap jugak artis ni ye


Masalahnya yg share dulu tu presiden persatuan kanser apatah kira presiden tu pun tertipu lah.dia dapat call org minta tolong ngaku konon sbg ibu kepada bayi tu.

Ade kuar lam berita pasal ni.
Quote nazzse 20-3-2019 06:36 PM
Suchi replied at 20-3-2019 10:14 AM
Masalahnya yg share dulu tu presiden persatuan kanser apatah kira presiden tu pun tertipu lah.di ...

ohh ehh..kesian la tak selidik btul2 dulu..
I tengok artis mana ntah lupa repost dari ig aaron. Tengok tu dah terdetik dah menipu ni..gambar budak tu mcm teruk sgt (mcm c&p), sakit xnmpk macam cancer yg dimention & tak nmpk mcm org kita..muka budak tu mcm belah2 america selatan sana..
Quote lilagrace 20-3-2019 08:57 PM
limesherbet replied at 20-3-2019 04:12 PM
I dah dua kali dapat panggilan scammer

Satu kata from Makhamah...lagi satu kata from badan p ...

Sama. I pernah dapat call dr scammer. " hello ini dari mahkamah " i terus letak.
Quote QaisarahAhmad 21-3-2019 01:13 AM
Nak kumpul saham akhirat, tapi terkena dengan scammer pulak.. Adoiyai..
Quote caca_eric 21-3-2019 02:26 AM
lilagrace replied at 20-3-2019 08:57 PM
Sama. I pernah dapat call dr scammer. " hello ini dari mahkamah " i terus letak.

Hehe sama. Dpt call mahkamah. Ada hutang cc.. watdehek..
Quote RatuDunia94 21-3-2019 07:54 AM
limesherbet: I dah dua kali dapat panggilan scammerSatu kata from Makhamah...lagi satu kata from badan pencegah rasuah( masa saat ni daku terfikir jugak aikkk ...



Tip nak tau scammer ke tak.. kalau dia minta no ic. Ko bg no ic yg x betul.. sebit je no ape.. pastu nanti dia akan minta ko sebut sekali lg.. so sekali lg ko sebut no yg berlainan plak.. kalau dia minta lg sekali bg lg no lain plak.. mesti dia akan confuse.. kalau dia bukan scammer x kan lah dia x tau no ic kitakan.. iols pernah buat mcm tu.. last2 dia terus ckp cibai eh lu... hahaha.. bodoh..
Quote Aunty_Acid 21-3-2019 08:32 AM
aku kena semalam katanya dari LHDN
suara machine yang bercakap, aku terus letak


Quote MadameOnion 21-3-2019 09:14 AM
RatuDunia94 replied at 21-3-2019 07:54 AM
Tip nak tau scammer ke tak.. kalau dia minta no ic. Ko bg no ic yg x betul.. sebit je no ape.. ...

hahaha betul tu sis..bagi no ic jantan (number belakang number ganjil) tapi nama pompuan pun buleh..lagi satu kalau kerajaan/badan berkanun takda maknanya depa nak kutip hutang pakai telepon macam agensi debt collector...kerajaan main surat je..tetiba surat sampai rumah..ada hitam putih gitu
Quote nuerulcayang 21-3-2019 10:14 AM
staf kat ofis baru kena semalam….ada orang call dia dalam pukul 8 malam bgtau kena tukar nombor password maybank2u...dia mcm blur terus jawab ok je….tp xde bagi detail pape...pastu akak tu contact kawan dia tnye..kawan dia kata xleh buat...lepas je abih borak ngn kawan dia tu..dia dapat satu mesej yg mengatakan ada pindahan wang ke akaun bank rakyat nama atas nama someone.. bila dia check duit dia dh xde dalam akaun RM1900..
Quote Hessa 21-3-2019 02:26 PM
emm..klau mmg kita tau apa yg kita hutang, (semua org berhutang dgn bank atas mcm2 urusan kan)..tp klau kita tau urusan kita tu setakat sampai mana ia sepatutnya, mesti kita tak panik kan..biasa bila dgr dari mahkamah je, kita cepat panik, walhalnya, patut bertenang dulu, urusan bank sekalipun klau nak dibawak ke mahkamah, mesti ada 'warning' dulu dari pihak bank, bukan terus2 je mahkamah ambik alih urusan bank atau organisasi seumpamanya..ini apa yg i fahamlah, klau pemahaman i ni salah, tolong dibetulkan. i pernah dapat jugak call dari mahkamah mcm tu, 1st time dpt call mcm tu, i ketawakan aje caller tu, sambil i cakap, 'seronok ye, call2 org ni..takde kerja ye cari mangsa, lepas tu i letak..kali kedua i dapat, i dgr je 'suara pelik' i terus letak
Quote ninu 21-3-2019 03:01 PM
pai.kacang replied at 20-3-2019 04:20 PM
rakyat malaysia memang murah hati... sebab tu scammer senang ambil kesempatan

betul tu..
Quote ninu 21-3-2019 03:02 PM
lilagrace replied at 20-3-2019 08:57 PM
Sama. I pernah dapat call dr scammer. " hello ini dari mahkamah " i terus letak.

bagus you terus letak..kalau i i layan dlu permainan dorg hahahaha..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.100733 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top