CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita New Zealand Berhijab 22 Mac Ini Tanda Solidariti Kepada Komuniti Muslim

21-3-2019 06:00 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3652| Komen: 13|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tragedi tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu masih lagi dalam ingatan kerana kejadian itu mengorbankan 50 nyawa. Serangan itu dikategorikan satu bentuk keganasan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern dan menjadi detik hitam dalam sejarah negara itu.




Kredit foto: Facebook


Banyak ucapan takziah telah disampaikan kepada keluarga mangsa dan komuniti Muslim termasuk pemimpin-pemimpin seluruh dunia. Malahan, Perdana Menteri New Zealand menjadi antara orang pertama menandatangani buku ucapan takziah di Wellington Isnin lalu.


Menurut sumber berita ABC News, beliau menulis ucapan "Bagi pihak rakyat New Zealand, kami turut berdukacita, kamu semua adalah sebahagian daripada keluarga besar kami."


Kredit foto: Carian Google


Dalam satu lagi tanda solidariti kepada komuniti Muslim, "Hari Hijab Kebangsaan" akan diadakan pada Jumaat ini 22 Mac di mana semua wanita New Zealand dijemput memakai hijab sebagai satu bentuk sokongan kepada keluarga yang ditimpa tragedi di Christchurch itu. Program itu dianjurkan oleh sebuah kumpulan Facebook "Scarves in Solidarity".


Kredit foto: Carian Google


Dalam sebuah status yang dimuanaik di lama mereka, Admin kumpulan Facebook itu menggesa semua rakyat New Zealand tidak kira agama dan kaum untuk menegnakan hijab ke sekolah atau gereja sebagai tanda sokongan. "Kongsikan gambar anda berhijab dan tunjukkan KITA ADALAH SATU," kata pesanan itu.



Kredit foto: Twitter



Program itu mendapat banyak sokongan yang positif dan ramai netizen memberikan bahawa ini adalah satu respon yang baik untuk menunjukkan tanda solidariti kepada komuniti Muslim seluruh dunia. - CARI 

3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • idanardiel


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninu 21-3-2019 06:03 PM
alhamdulillah...moga hidayah sampai...
Quote Modngengade 21-3-2019 06:52 PM
New Zealander ni mmg sgt2 bertoleransi..
Very helpfull dan civic minded diorang sgt tinggi
Quote CiliPadiSedap 21-3-2019 08:39 PM
New zealand is peacefull country, ill protect new zealand from terrorist and any bad things.. we respect new zealand.. every country should  learn from new zealand


Yang membawang
peYno anak lelaki babah
jurutera kereta terbang atuk
Quote Remyda 21-3-2019 08:40 PM
Kumpulan bikers di New Zealand sepakat berkawal depan masjid demi keselamatan umat Islam

FMT Reporters - March 21, 2019 3:25 PM

Selepas tragedi tembakan jemaah di Masjid Al Noor, Christchurch minggu lalu, beberapa kumpulan ‘Bikers Gang’ New Zealand sepakat untuk bersama-sama melindungi komuniti beragama Islam ketika solat Jumaat esok.

Kejadian tembakan yang dianggap tragedi paling buruk di negara itu, mengorbankan 50 umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut minggu lepas.

Kumpulan Bikers yang terdiri dari kumpulan Mongrel Mob, King Cobra dan Black Power membuat kenyataan tersebut sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada komuniti Islam.

Malah mereka turut memberi jaminan akan menjaga keselamatan umat Islam dan ia menjadi keutamaan bagi mereka.

Inisiatif yang sama juga telah dilakukan salah seorang ahli kumpulan tersebut di Australia apabila beliau melakukan rodaan keselamatan di sebuah masjid di Sydney.
Quote HannahMontana 21-3-2019 08:49 PM
Pakai tudung boleh hidupkan kembali saudara-saudara kami yang mati ditembak secara gila babi oleh pengganas kulit putih keturunan Australia di negara lembu susu segar?????

SOLIDARITI ITU LAMBANG KETAKUTAN  ORANG KULIT PUTIH .


Dan PM NZ tu  dalam rebah menunggu terbenam di telan bumi.

Sungguh tak aman hatimu .
Quote kucingitam 22-3-2019 10:55 AM
semoga mendapat hidayah..
Quote axl_bach 22-3-2019 10:59 AM
Lantas ummah terus terlupa peringatan Allah dlm surah Al Baqarah ayat 120, cukup dgn omputih berlakon memakai scarf....
Quote Konahhh 22-3-2019 11:29 AM
Perdana Menteri Jacinda Ardern is a good leader, fast, strict and effective. Sorry to say, if only Adib and whoever killed by the opposite racial group get the same treatment, I'm sure Malaysia will be better.
Quote nurrlisa 22-3-2019 12:08 PM
Inilah mentaliti manusia bertamaddun.

Agaknya kalau jadi di negara kita pada ummah agama lain, nak nak pendatang, ada tak kita bersoladiriti sehari dengan membukak tudung dan menjaga gereja gereja atau pergi ke kuil, atau apa apa selaras agama mereka?
Quote imogenBones 22-3-2019 03:09 PM
can someone post any video of the friday prayer and national vigil held today?
Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 03:14 PM
imogenBones replied at 22-3-2019 03:09 PM
can someone post any video of the friday prayer and national vigil held today?

[youtube]CbAND4zlgGs[/youtube]


[youtube]e6G06lw9ej4[/youtube]
Quote mesmerize 22-3-2019 03:16 PM
sweetnya NZ ppl ni
Quote imogenBones 23-3-2019 03:51 AM
Sang_Pencinta replied at 22-3-2019 03:14 PM

Thank you for the videos !

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048530 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top