Bulan ini sahaja sudah tiga pasangan artis di Malaysia mengumumkan perpisahan. Tidak ketinggalan pelakon Vanidah Imran dan Rashidi. Pasangan ini tidak dilanda gosip panas seperti-mana artis-artis baru di Malaysia. Namun baru-baru ini, berita Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang telah bercerai menjadi perbualan hangat. Rashidi sendiri telah umumkan perpisahan mereka di laman instagramnya. Sangat menyedihkan perkahwinan yang bertahan hampir 20 tahun tu kini hancur berderai. Mari kita lihat posting terbaru Rashidi di IG beliau:-
Rashidi dan Vanidah telah bercerai pada Ogos tahun lalu lagi. Namun mereka merahsiakan perkara itu kepada umum sehinggalah sekarang kerana beberapa sebab. Mereka bercerai di depan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018. Difahamkan,mereka merahsiakan perkara itu kerana ingin melindungi keluarga dan rakan selain ingin menghormati kedua belah keluarga.
Rashidi juga mengaku bahawa punca perpisahkan mereka adalah disebabkan dirinya sendiri. Kegagalan dalam sesebuah institusi adalah disebabkan kepimpinan yang lemah. Dalam perkahwinan, hubungan yang retak dikaitkan dengan kesalahan imamnya. katanya. Vanidah dan Rashidi telah bernikah pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15. Sungguh sedih berita ini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|