Seorang rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan meninggal dunia akibat serangan pengganas di Christchurch, New Zealand. Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang turut cedera dalam serangan itu. Wisma Putra mengesahkan kematian Haziq pada pagi ini melalui kenyataan media. Menurut kenyataan dari Kementerian Luar, bantuan bagi proses pengebumian Mohd Haziq akan disalurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Menurutnya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan untuk menyertai solat jenazah, khutbah Jumaat dan memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat tragedi ini. Sebelum ini, kematian Haziq dilaporkan oleh Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam tadi. "Berikutan itu, pengesahan daripada keluarga perlu dilakukan dengan teliti termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum sebarang pengumuman dilakukan," kata Phee, merujuk kepada prosedur ketat kerajaan New Zealand berkaitan perkara ini. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. - CARI
|
jazaa100 replied at 21-3-2019 10:57 AM
mcmana tak jumpa mayat dia & sbb tu org suspek dia selamat masa melarikan diri....
lolen replied at 21-3-2019 11:14 AM
mungkin sbb mayat dia hancur xleh nak cam..kena tggu official statement dr hospital
br leh bgtau ...
ADVERTISEMENT