Sekejap pakai, sekejap tak pakai tudung. Bingung pula orang tengok. Zila Seeron, yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4) ini mengejutkan netizen baru-baru ini apabila memuat naik gambarnya tidak bertudung.
Keliru kata mereka sebab imejnya yang sentiasa bertukar-tukar. Terdahulu, bekas isteri kepada Along Cham juga pernah mencetuskan kontroversi dengan tindakannya membuka tudung pada Februari 2017.
Tapi pada Oktober tahun yang sama, Zila mengambil keputusan untuk kembali bertudung. Di ruangan komen, ramai yang menasihati Zila agar kembali ke pangkal jalan. Mungkin Zila sedang menunggu lelaki yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar. Apa pun pastinya Zila ada alasannya yang tersendiri. Doakan sahaja yang terbaik. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|