Seperti yang kita ketahui, memang ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke Korea Selatan. Tapi anda mesti terkejut dan tergamam apabila membaca berita ini. CNN melaporkan lebih 1600 orang telah dirakam secara rahsia di bilik motel di negara itu.
Dua lelaki telah ditahan dan hasil siasatan mendapati operasi 'rakaman rahsia' ini melibatkan 42 bilik di 30 akomodasi di lebih kurang 10 bandar. Di Korea Selatan, kebanyakan hotel yan terlibat ialah hotel berskala kecil yang dipanggil sebagai motel.
Kebanyakan kamera kecil bersaiz 1 mm disorok di dalam kotak TV digital, soket di dinding, pemegang pengering rambut dan banyak lagi. Lebih memeranjatkan rakaman ini turut dipancarkan secara langsung di atas talian. Laman sesawang itu mempunyai lebih daripada 4000 ahli dan 97 daripadanya membayar lebih kurang 44.95 USD untuk langganan sebulan yang membolehkan mereka menonton kembali rakaman-rakaman tersebut. Kebanyakan Korea kini sedang membantah isu ini dan meminta supaya pihak berkuasa memberikan hukuman yang lebih berat kepada pelaku. Berhati-hatilah ya bila ke Korea nanti -CARI |
ADVERTISEMENT