Program santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah restoran di luar pekarangan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 22 Mac dicemari dengan insiden kekecohan antara penyokong beliau dan sekumpulan lelaki yang didakwa pelajar UM. Memetik laporan Malaysiakini, enam lelaki terbabit berkumpul di seberang jalan berhampiran restoran berkenaan sambil memegang sepanduk yang memaparkan karikatur badut yang menyerupai Najib. Rakaman video insiden tersebut yang tular dalam media sosial turut menunjukkan lelaki-lelaki berkenaan turut memegang sepanduk yang berbunyi 'PULANGKAN DUIT RAYKAT', 'NAJIB TAK MALU' dan 'TANGKAP NAJIB'.
Sekumpulan penyokong Najib yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam seterusnya menghampiri enam lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Dalam kekecohan yang berlaku, Lokman dilihat merampas dan mengoyakkan sepanduk karikatur badut daripada seorang lelaki yang bernama Wong Yang Ke. Insiden yang berlaku kira-kira dua minit itu berakhir selepas kumpulan penyokong Najib melepaskan Wong dan rakan-rakannya. Sementara itu, Lokman dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya menyatakan pendiriannya mempertahankan tindakan merampas dan mengoyakkan sepanduk karikatur badut. Beliau menjelaskan, tindakan itu diambil berikutan sikap biadab enam lelaki terbabit yang melakukan provokasi ketika program santai bersama Najib sedang berlangsung. Dalam pada itu, memetik laporan Malaysiakini, Wong berkata, dia tidak berniat untuk memprovokasi manakala sepanduk yang dipegangnya bertujuan mengingatkan Najib bahawa beliau adalah tidak sepopular yang disangkakan. Najib dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau menyuarakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku dan laporan polis telah dibuat oleh penganjur program sembang santai. Sepatutnya hak kebebasan bersuara digunakan sebaik-baiknya agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam. -CARI
|
CiliPadiSedap replied at 24-3-2019 12:51 AM
Asal jumpa cina je sebut babi? Cuba sebut naga ke? Jurassic park ke? Zootopia ke?
ADVERTISEMENT