Sudah menjadi lumrah seorang jurugambar, apabila ada sahaja objek menarik yang boleh menjadi model fotografi, pastinya peluang itu tidak dilepaskan begitu sahaja. Justeru, terhasilnya gambar-gambar berkualiti dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.
Abeden Mung, seorang jurugambar baru-baru ini berkongsi beberapa keping foto yang diambilnya, di mana subjek utamanya ialah seorang pekerja binaan MRT iaitu jejaka Bangladesh. Menarik bukan? Menurutnya, pertama kali dia terserempak lelaki itu adalah ketika dia sedang merakam video log semasa bersarapan di tempat yang biasa dikunjunginya. Hari seterusnya, dia terserempak lagi dengan lelaki itu. Tanpa melengahkan masa, Abeden meminta izin untuk mengambil foto lelaki Bangladesh berkenaan yang sedang memakai pakaian seragamnya, diserikan dengan cahaya pagi.
Abeden berkongsi ceritanya bersama foto pekerja Bangladesh itu di Twitter dan Instagramnya. Foto-foto tersebut kemudian tular dan mendapat respons positif daripada pengguna media sosial. Siapa tahu, mungkin selepas ini lelaki bertuah itu akan ditawarkan kerja sebagai model? - CARI
|
Kurex replied at 25-3-2019 10:57 AM
Pookey je yg komen.. Ovarina pecah lagi ke
ADVERTISEMENT