Selepas kejayaan Filem Misteri Dilaila dan Bikers Kental 2 mencatatkan kutipan yang memberangsangkan awal tahun ini, kini tiba giliran filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal pula mencatatkan kutipan pecah panggung. Filem ini dikhabarkan telah berjaya mencapai kutipan RM5.3 juta dalam masa 4 hari tayangan, sejak ia ditayangkan pada 21 Mac Lepas. Memetik laporan BH Online, Penerbit dan Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi melahirkan rasa kesyukuran di atas sambutan positif filem terbitannya dan berharap filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal itu akan terus mendapat sokongan menggalakkan daripada peminat sehingga tamat tempoh tayangan sekaligus mampu mengulangi fenomena dan kemasyhuran judul terdahulu.
Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal merupakan filem animasi bergenre pengembaraan dan merupakan filem keempat siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Laksamana Upin & Ipin (2012) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Filem ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan dan menelan perbelanjaan tertinggi dalam sejarah penerbitan filem tempatan dengan kos produksi sebanyak RM 20 juta. Filem hasil kepakaran anak tempatan ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama 'Inderaloka'. Semasa pengembaraan ini mereka telah berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Raja Bersiong, Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin dan Pak Belalang. Berdasarkan penilaian atau review yang dibuat oleh beberapa vloggers di Youtube, rata-rata mereka memberi rating yang baik untuk filem ini. Antara vlogger di Youtube yang memberi respon yang positif ialah vlogger dari saluran Tellygeram. Menurut vlogger tersebut, filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal adalah bagus dari segi aspek penceritaan dan penghasilan animasinya. Dia juga sangat berpuas hati dengan skor muzik dan lagu tema filem tersebut yang disifatkannya sangat berkualiti. Secara keseluruhan vlogger tersebut memberi markah 3.5 bintang. Kepada mereka yang masih belum menonton dan mahu memanfaatkan musim cuti sekolah, filem ini adalah pilihan terbaik untuk membawa anak-anak anda ke pawagam kerana selain memaparkan budaya Malaysia dan cerita lipur lara yang semakin dilupakan ia juga penuh dengan nilai-nilai yang baik untuk diteladani dan tidak hanya bersandarkan elemen hiburan semata-mata. Filem ini juga sangat universal dan sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Selain ditayangkan di Malaysia, Singapura Dan Brunei, dikhabarkan filem ini juga akan ditayangkan di Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Penulis berharap dengan kutipan yang memberangsangkan ini akan menjadi wow factor atau pemangkin untuk filem ini menembusi pasaran antarabangsa, sekaligus mengangkat filem animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi. - CARI
|
10
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
msdummy.2018 replied at 26-3-2019 04:06 AM
Done tengok
Xsabar nk tunggu next project diaorg - puteri
cicicumel: biasa je. alah mcm cerita Magika versi kartun masuk alam dongeng.
teky replied at 26-3-2019 12:28 PM
best x... tpi kalau da ber anak.. best ke x best wajib kene tgok... sian bebudak.. sbb tu bleh kutip ...
dinopower2 replied at 26-3-2019 01:27 PM
best sgt2 ok.. motif yg kertu excited haha
sarat dgn jiwa melayu tuh... which is jarang dah tgk ...
dinopower2 replied at 26-3-2019 01:20 PM
jauh sgt nak banding magika... magika byk sgt cacatnya... tp first attempt consider okay
utk up ...
mdhelmi replied at 26-3-2019 01:34 PM
anak yg suka tgk tu anak umur bape?
aku bg anak2 aku umur 4 dgn 6 tahun tgk trailer cite tu diorg x ...
ADVERTISEMENT