Seorang lelaki mengugut isterinya dengan kapak hanya kerana tidak dapat membelikannya kereta idaman selepas gagal mendapatkan pinjaman bank. Berita Harian melaporkan, dalam kejadian di Kampung Sapagaya Hilir, Lahad Datu, jam 6 petang pada Khamis lalu itu, suspek turut menampar isterinya dan mengugut akan membakar rumah mereka. Kejadian berpunca apabila suspek dikatakan hilang sabar selepas mangsa, 45, memaklumkannya dia tidak dapat membelikan kereta idaman suaminya itu kerana pinjaman bank tidak diluluskan. Bagaimanapun, kejadian itu hanya dilaporkan mangsa tengah hari semalam sebelum suspek ditahan di rumah keluarga berkenaan. “Mengikut laporan, kejadian berlaku ketika mangsa yang baru pulang dari mengambil anak di sekolah. Suspek dikatakan bertanyakan mengenai urusan pembelian kereta yang diidamkan.
“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan dia tidak mampu menunaikan permintaan suaminya itu ekoran sudah melebihi had kelayakan pinjaman,” kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor. Berang hajatnya tidak kesampaian, suspek menampar pipi mangsa sebelum mengambil kapak dan mengugut akan memotong mangsa serta membakar rumah mereka. Mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah keluarganya sebelum membuat laporan polis. Hasil ujian mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. - CARI
|
6
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 26-3-2019 06:04 PM
mesti bini keje gomen ni
GigaMom replied at 26-3-2019 06:41 PM
Kenalan2 aku yg bperangai bgini
Mmg x lah nk nasihat dh
Otak mereka2 ni dh sewel semcm di tune lak ...
adm7 replied at 26-3-2019 06:11 PM
Sorry. kereta apa ye? Myvi hibeam ke?
jazaa100 replied at 26-3-2019 07:15 PM
Mcm kawan aku....
Laki nk keta besor....dia buat Loan, lulus....car dealer suruh dtg sign documen ...
ADVERTISEMENT