Ramai yang mempersendakan idea kereta terbang yang mahu direalisasikan kerajaan, sejak ia dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof bulan lepas. Idea kereta terbang ini mungkin hadir selepas ramai yang berpendapat kerajaan perlu menghasilkan inovasi yang baharu berbanding mengeluarkan kereta nasional ketiga. Baru-baru ini, prototaip kereta terbang yang dikenali sebagai Vector, hasil rekaan syarikat tempatan telah dipamerkan kepada umum di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA). Seperti dijangka, ramai warganet yang sinis dengan prototaip kereta tersebut, malah bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak turut mempersendakan prototaip kereta tersebut di laman sosial miliknya. Bagi penulis, cadangan untuk membangunkan kereta terbang memang idea yang futuristik tetapi mungkin kereta terbang belum sesuai untuk dijadikan alat pengangkutan untuk abad ini. Sebenarnya, ada banyak negara yang sudah membangunkan kereta terbang tetapi ia hanya sekadar konsep dan tidak dikomersialkan. Dalam keadaan kewangan negara yang kononnya dibebani hutang yang melampau, sudah pasti rakyat berasa pelik dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sesuatu perkara yang tidak membawa hasil pulangan yang menguntungkan mereka dan negara. Kerajaan sepatutnya perlu membangunkan produk berasaskan teknologi baru yang mampu memberi hasil pulangan kepada negara dan membuka peluang pekerjaan untuk anak muda. Sebagai contoh kerajaan boleh membangunkan dron tetapi bukanlah sebagai pengangkutan air mobility seperti kereta terbang yang dicadangkan kerajaan sebaliknya dron fungsi biasa yang digunakan secara meluas pada hari ini di seluruh dunia. Dron merupakan sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) yang boleh dikawal sama ada menggunakan alat kawalan atau menggunakan perisian kawalan kapal terbang yang dipasang di dalamnya. Pada masa lalu, dron kebiasaannya digunakan bagi tujuan ketenteraan, di mana ia digunakan untuk latihan tembakan anti pesawat, risikan dan juga sebagai senjata. Namun, hari ini dron banyak digunakan secara meluas bagi tujuan lain, antaranya untuk aktiviti penggambaran sama ada untuk kegiatan komersial atau peribadi. Bagi kegiatan komersial ia selalu digunakan bagi tujuan media, kewartawanan, filem serta yang berkaitan dengannya. Dron mampu membantu mendapatkan imej yang sebelum ini sukar diperolehi. Selain kecil, ringan, mudah alih dan senang dibawa, dron juga senang untuk dikendalikan secara seorang diri sekaligus dapat menjimatkan kos produksi. Jika Malaysia mampu membina industri perusahaan dron nasional seperti mana PROTON suatu ketika dahulu, sudah pasti ia bakal menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Seperti yang dilaporkan Berita Harian pada tahun 2016, pasaran global dron dijangka bernilai AS$127 bilion menjelang tahun 2020. Malah dijangka juga tujuh juta dron untuk kegunaan komersial dan peribadi akan dibawa ke Amerika Syarikat menjelang 2020. Firma penyelidikan KPCB pada 2014 menunjukkan AS menguasai 35 peratus pasaran dron berbanding 30 peratus di Eropah, 15 peratus di China dan 20 peratus di seluruh dunia yang lain. Jika Malaysia mampu mengeluarkan dron, pasarannya sangat besar dan berpotensi untuk di eksport ke Amerika Syarikat, negara-negara di Eropah serta China dan tidak mustahil negara kita juga mampu mendominasi pasaran Asia, terutamanya di Asia Tenggara. Selain sering digunakan untuk tujuan penggambaran, dron juga boleh digunakan sebagai medium penghantaran barang seperti surat dan dokumen. Pada tahun 2014, Syarikat logistik, DHL sudah mula membuat penghantaran menggunakan dron di Jerman. Begitu juga Syarikat Amazon yang sudah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran menggunakan dron yang dikenali sebagai Prime Air bagi menghantar barang kepada pelanggannya di Amerika Syarikat sejak tahun 2013. Penggunaan dron dalam bidang agrikultur juga semakin berkembang. Dron telah digunakan sebagai alat menabur baja dan menyiram air ke kawasan tanaman secara lebih mudah dan efektif. Tambahan lagi, ia juga boleh menjadi alat pemantauan untuk mengesan penyakit atau serangan daripada serangga perosak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memantau haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Fungsi lain dron, ia juga boleh digunakan untuk aktiviti penguatkuasaan bagi pemantauan keselamatan. Di mana, selain boleh dijadikan alat memantau banjir dan kebakaran, ia juga boleh membantu pihak polis mengesan penjenayah dengan lebih mudah dan pantas. Mungkin dron juga boleh diperluaskan penggunaannya kepada syarikat-syarikat kawalan keselamatan, sekaligus mampu mengurangkan kos buruh dan meningkatkan kecekapan untuk mengawal keselamatan di sesebuah premis. Kepada Menteri berkenaan lupakan kereta nasional ketiga dan kereta terbang yang tidak mendatangkan keuntungan. Sebaliknya, penulis berharap suatu masa nanti Malaysia akan menjadi pengeluar dron terbesar di dunia. Andai ianya dapat direalisasikan, tentunya membuka peluang pekerjaan untuk anak muda, selain dapat membantu meningkatkan hasil eksport negara. Diharap juga Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat memberi penekanan terhadap pembelajaran sistem mekanikal UAV atau dron di peringkat vokasional dan universiti. Percayalah ini industri masa depan negara. - CARI
|
6
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 29-3-2019 07:50 AM
Sebelum berangan buat kereta terbang sila baiki dulu laluan keretapi ke tumpat. Dah 5 tahun tak ada ...
dinopower2 replied at 29-3-2019 07:58 AM
org tua tu sblm pergi mmg nak tinggalkan sejarah gilang gemilang...
die tak kira priority ke ap ...
ufc214 replied at 29-3-2019 08:25 AM
Idea untuk menyediakan kereta terbang adalah usaha yg diteruskan. ini kerana kajian penyelidikan dib ...
dodolgemok replied at 29-3-2019 07:31 AM
Dodol pon xpaham apa motif nak cepat sgat kereta terbang ni? Kereta atas tanah pon menggelabah accid ...
ufc214 replied at 29-3-2019 08:25 AM
Idea untuk menyediakan kereta terbang adalah usaha yg diteruskan. ini kerana kajian penyelidikan dib ...
ADVERTISEMENT