Pelakon dan pengacara berbakat besar, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner semalam menerima kecaman dan teguran kerana memuat naik gambar dalam 'pose' yang kurang manis dipandang. Malah, kapsyen yang ditulis olehnya turut mengundang komen-komen biadap dan nakal. "I kat atas, you dekat bawah buat apa?," tulis Janna di ruangan kapsyen. Jika dilihat dari gambar tersebut, pakaian Janna tidaklah mencolok mata. Tetapi 'pose' yang diberikan oleh Janna semasa melakukan aktiviti 'wall climbing' tersebut menonjolkan sebahagian bentuk badannya, ianya telah mengundang fikiran kotor. Kapsyen dan gambar undang komen tak senonoh dan biadap.. Ramai yang meminta pelakon yang terkenal dengan watak Leftenan Zana itu untuk memadam gambar tersebut kerana kurang sopan dan manis untuk ditayang kepada umum. Ada juga yang menasihati Janna untuk mengambil Dato Siti Nurhaliza sebagai contoh dalam etika pemakaian sekiranya mahu kekal lama dalam industri. Malu pula penulis membaca segala komen-komen nakal tersebut. Diharap Janna mengambil kira teguran dan nasihat yang diberi dan lebih berhati-hati sebelum berkongsi gambar di media sosial. -CARI
|
de_ikea replied at 28-3-2019 12:25 PM
Dah pergi wall climbing, gitulah pakaiannya dgn harness semua. Ada lah tertonjol di sana sini. Otak ...
SherryZass replied at 28-3-2019 12:51 PM
Pakai memang untuk bersukan pun, gitulah. Tapi upload gambar dengan gaya sebegitu macam mengundang j ...
nuerulcayang replied at 28-3-2019 05:08 AM
dulu minat, sekarang dh x minat...
ADVERTISEMENT