Setelah kewujudan Internet, rangkaian media sosial adalah ruang komunikasi baru yang memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu. Platform ini sudah cukup lama bertapak dalam Internet sehingga menjadikannya sesuatu fenomena.
"Tiada Yang Lama, Tiadalah Yang Baru". Jika kini, Instagram, Twitter dan Facebook menjadi tumpuan. Bagaimana pula media sosial yang terdahulu? Untuk itu, jom imbau 10 Media Sosial yang pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. 1. My Space Bagi anda yang lahir sekitar tahun 1980 dan 1990-an, sudah semestinya My Space adalah antara laman sosial kegemaran anda bukan? Media Sosial yang direka oleh Tom Anderson ini memiliki ciri-ciri lebih kurang sama sahaja seperti media sosial masa kini. Namun yang membuatnya lebih digemari pada saat itu kerana dapat menghias "Profile Page" dan layout dengan lebih menarik dan kreatif. Namun setelah kemunculan Facebook dengan fungsi yang lebih menarik, My Space semakin hambar dan akhirnya pada Jun 2011, ia dijual dengan harga RM135 juta. 2. Friendster Selain Yahoo dan Google yang pernah menjadi pesaing kepada My Space, Friendster juga pernah menapak di hati penggemar media sosial. Hanya masa setahun pelancarannya, Friendster berjaya menarik 3 juta pengguna mengguna media sosial mereka. Namun kedatangan My Space dan Facebook, telah menggugat media sosial ini dan akhirnya dijual. Kini tidak lagi beroperasi. 3. Yahoo Messeger Chat Room Selain ber-chatting dan webcam bersama kenalan email anda, Yahoo Messenger juga menyediakan Chat Room kepada pengguna untuk mencari atau berbual dengan rakan baru. Malah, ia lebih bercirikan kepada ruang untuk bersembang dengan seseorang yang baru secara private atau public mengikut kategori chat room yang diinginkan. Kini, Yahoo Messenger tidak lagi beroperasi. 4. Hi5 Sudah tentu, ramai di antara anda juga mempunyai akaun Hi5 bukan?. Rangkaian sosial ini adalah antara yang paling terkenal di dunia satu ketika dahulu sejurus selepas dilancarkan. Pada tahun 2007, Hi5 berada di tangga ke-2 iaitu selepas My Space dan sempat bertahan selama 8 tahun sebelum Facebook menjadi tumpuan. Namun tidak lama kemudian rangkaian sosial ini di beli oleh Tagged dan tidak lama selepas itu menjadi milik Meet Me yang dibeli dengan harga RM232.6 juta. 5. KampungChat.com KampungChat.com ditubuhkan pada tahun 2002 dan menjadi antara chat room terawal yang dibina oleh syarikat tempatan iaitu KampungChat Enterprise. Moto kampungchat adalah memberikan persekitaran yang tenang dan terbaik kepada pengguna . Laman ini dibina dengan menyasarkan golongan remaja dan dewasa untuk berkongsi maklumat , mencari kawan baru, berkongsi gambar dan banyak lagi. 6. myfriends2u Sama seperti laman sosial lain, myfriends2u dibangunkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berhubung antara satu sama lain. Ia dibangun pada Jun 2010 oleh syarikat tempatan iaitu Netxpert Sdn.Bhd yang mana memberi sedikit kelainan di mana boleh membuat transaksi jual beli dari laman ini. Adakah ia sedang mengimbau kenangan anda? Jom senaraikan laman sosial yang pernah menambat hati anda. -CARI
|
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace
fahdramli replied at 29-3-2019 12:46 PM
Ada lah guba utk chatting. Channel mcm2 ada dalam tu. Antara yg popular mamak, kampung, mcm2 orang ...
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace
Andyscenes replied at 29-3-2019 12:39 PM
MIRC?? Sape ada?? Sebelum wujudnya myspace
fahdramli replied at 29-3-2019 12:46 PM
Ada lah guba utk chatting. Channel mcm2 ada dalam tu. Antara yg popular mamak, kampung, mcm2 orang ...
lee_sakura replied at 29-3-2019 12:50 PM
aku suka MIRC...byk dpt kawan ooo walopon xnampak muka
ADVERTISEMENT