Nampaknya, seperti baru semalam kita dikejutkan dengan perceraian pelakon Channing Tatum dan isterinya, Jenna Dewan. Kini, kedua-dua mereka telah bertemu dengan orang baru.
Jenna dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Steve Kazee, manakala Channing pula baru mengesahkan hubungannya dengan Jessie J, penyanyi kelahiran London yang popular dengan lagu 'Flashlight. Channing dan Jessie bertemu pada Oktober tahun lalu sejurus perceraiannya dan mereka dilihat keluar bersama pada bulan November tahun sama. Sejak itu, mereka sering dilihat memberikan sokongan kepada karier masing-masing. Channing menghadiri konsert Jessie di Houston, manakala Jessie memberikan sokongan kepada Channing ketika pembukaan pertunjukan Magic Mike Live di London.
Hari ini, penyanyi Jessie J menyambut hari jadinya yang ke-31 dan Channing telah memberikan sebuah ucapan romantis untuk teman wanitanya itu.
|
miszclassique replied at 29-3-2019 10:47 AM
Macam ada persamaan lak Jenna ngan Jessie J ni based on gambar atas... Pape pun still takleh terima ...
ADVERTISEMENT