CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Kawan Sebab Tak Puas Hati Tukar Agama Islam

29-3-2019 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4677| Komen: 18

Dua lelaki bertindak memukul rakan mereka dengan besi kerana berang mangsa memeluk agama Islam, lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku di tepi jalan di Taman Kobis, Paya Besar, di Kulim, jam  4.20 petang kelmarin.


Difahamkan, sebelum kejadian, pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu sedang menunggang motosikal sebelum dipanggil seorang lelaki dikenalinya, lalu berpatah balik untuk pergi ke arah suspek berusia 43 tahun.

Mangsa kemudian mengaku sudah menukar agama apabila suspek meminta kepastian berhubung keputusannya itu.


Gambar Hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor, abang suspek kemudian datang dari belakang dan memegang bahu mangsa.

Sementara itu, suspek mengambil besi dari gerai berhampiran dan memukul mangsa sebelum mereka melarikan diri.

Kejadian menyebabkan mangsa lebam di kepala, tangan kiri dan betis kiri.


Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kulim Hi Tech untuk tindakan selanjutnya dan suspek ditahan jam 3 petang semalam berhampiran stesen minyak di Taman Kobis, Lunas.

“Siasatan awal suspek mengaku terbabit dalam kejadian memukul mangsa kerana tidak berpuas hati apabila kenalannya itu menukar agama.

“Semakan juga mendapati dia memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, mendatangkan kecederaan dan pecah masuk,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 29-3-2019 09:58 AM
Seboknye ngkau. Tue kan hal peribadi orang suka hati dia lar nak masuk agama haper pon. Bodoh punye kliang recis. Kulim toh memang area sampah banyak kliang, tempat paling mak benci kalau pegi jumpa stokis kat Kedah. Eughh
Quote jazaa100 29-3-2019 09:59 AM
Geng rentung le ni....
Geng pepura memang suka pkl kwn ke sedara yg convert......
Quote apalancut 29-3-2019 12:27 PM
Terpengaruh nak jadi White Power gak ke?
Quote niena90 29-3-2019 12:49 PM
Dia convert Islam pun korg rugi ape?! Biarlah ini pilihan agama dia. Nak hidup bebas buat keputusan sendiri pun boleh jadi bala. Adoiii sibuk sgt jaga tepi kain org
Quote ikanmasin 29-3-2019 12:50 PM
la dah kenapa pl ko yg marah..padan muka dah kene tangkap..
Quote Dwdrum 29-3-2019 12:59 PM
kalau muslim covert ke hindu ...apa u guys rasa ?

bukan tidak pernah berlaku ada jah topic muslim convert ke aties ...ada thread... responsed hampir sama seperti hero tamil ini
Quote dua_chzy 29-3-2019 01:11 PM
Dwdrum replied at 29-3-2019 12:59 PM
kalau muslim covert ke hindu ...apa u guys rasa ?

bukan tidak pernah berlaku ada jah topic mus ...

Barangkali mati terus. Seperti kawan pada kawan akak. Hilang terus dari radar bila ketahuan dah revert to Kristianiti.
Quote Zeatyisaac 3-5-2019 05:56 PM
Adakah rekod polis yang lampau itu kerana pukul kawan yang tukar agama jugak. Rasanya tidak. Agama bukanlah penyebab, tapi suspek sememangnya orang jahat.
Quote Aerhys 3-5-2019 06:12 PM
2 x 5 saja mana2 penganut agama pun bila dah terlalu ekstremis.
Quote CharlesDera 3-5-2019 06:34 PM
nasib baik tak jadi penduboq etis...kalau dak tanya manusia berasai daripada apa sampai la tak dak bukti...balik2 teori beruk...fascinate sangat dengan beghuk depa ni......wakakakakakakakakakkakakakakakakka
Quote aurorae 3-5-2019 07:37 PM
Dwdrum replied at 29-3-2019 12:59 PM
kalau muslim covert ke hindu ...apa u guys rasa ?

bukan tidak pernah berlaku ada jah topic mus ...

Dulu pernah hebohkan. Bapa pergi pujuk balik pun tak nak, rasanya dah kawin dengan boyfriendnya. Tak tau apa jadi lepas tu.
Quote Redskin 4-5-2019 01:33 PM
Dwdrum replied at 29-3-2019 12:59 PM
kalau muslim covert ke hindu ...apa u guys rasa ?

bukan tidak pernah berlaku ada jah topic mus ...

Muslim2 yg convert sebenarnya mereka sedar dan tahu menyembah Tuhan
ciptaan manusia or God's creation adalah SALAH.


Muslim2 yg convert tujuan sebenar mereka ingin HIDUP BEBAS
tidak terbelenggu dgn peraturan2 agama dan dosa.


Mereka tergolong dari org2 yg Tidak Berdisiplin.
Quote Fettybombom 4-5-2019 01:36 PM
Kalau kelly jgn soksek soksek then lepas lg ye
Quote monsterwife 4-5-2019 01:38 PM
aurorae replied at 3-5-2019 07:37 PM
Dulu pernah hebohkan. Bapa pergi pujuk balik pun tak nak, rasanya dah kawin dengan boyfriendnya. T ...

Dah migrate ke Australia kan
Quote Dwdrum 4-5-2019 05:41 PM
aurorae replied at 3-5-2019 03:37 AM
Dulu pernah hebohkan. Bapa pergi pujuk balik pun tak nak, rasanya dah kawin dengan boyfriendnya. T ...

mana satu sister ...aizamdi amerika or adik yang di canada ?
Quote Dwdrum 4-5-2019 05:44 PM
dua_chzy replied at 28-3-2019 09:11 PM
Barangkali mati terus. Seperti kawan pada kawan akak. Hilang terus dari radar bila ketahuan dah re ...

sorry sister i tiada notification cuma dapat  notice dari tag saja ....begitu lah kena pada diri sendiri meroyan ...... semoga kawan kepada kawan sister bahagia dengan pilihan beliau .....
Quote kingnqueen 4-5-2019 05:46 PM
ape akan jadi jika mus tukar?same same je
Quote Dwdrum 4-5-2019 05:56 PM
Redskin replied at 3-5-2019 09:33 PM
Muslim2 yg convert sebenarnya mereka sedar dan tahu menyembah Tuhan
ciptaan manusia or God's crea ...

God ciptaan dari minda manusia .....

manusia mahu bebas ? ini lawak lobai red ....tiada manusia yang bebas dari undang undang termasuk undang undang dunia .... kecuali yang  above the law contoh sultan brunei dan zakir naik .... tinggi darjat dari manusia lain  sudah seperti bayangan tuhan .....

tentang disiplin ? itu terletak pada individu bukan pada agama ... kehidupan seharian perlu disiplin untuk maju dan bersaing ...so far i nampak kapir lebih maju dan suka mengkaji ... ...bagaimana itu lobai?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039518 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top