Wah, panas juga ruangan komen di Instagram penyampai radio Suria, Fizi Ali. Bergaduh apa dengan netizen tu? Kekecohan bermula apabila salah seorang pengguna Instagram tidak puas hati dengan Fizi yang memuat naik video dia menghadiahkan isterinya sebuah iPhone. Difahamkan, iPhone berkenaan adalah kejutan sempena menghargai pengorbanan isterinya, Shakilla melahirkan anak mereka, Ameena Sofia.
Namun, individu dengan nama proparazzy itu kelihatan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Fizi yang menurutnya seolah-olah menunjuk-nunjuk di media sosial. Tambahnya, lebih baik Fizi menghadiahkan barang kemas memandangkan ia boleh digadaikan sekiranya diperlukan kelak. Nampaknya, Fizi tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan pendiriannya. Rata-rata pengikut Fizi meminta supaya dia bersabar dan tidak melayan individu terbabit yang dipercayai menggunakan akaun palsu untuk mengecamnya. Menurut Astro Gempak, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Setiap orang memiliki cara berbeza untuk menunjukkan penghargaan terhadap seseorang. Bagaimana dengan anda? Fizi yang 'riak' atau proparazzy yang 'dengki' dengan penyampai radio itu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|