CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Baru 4 Bulan Kahwin, Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Dah Nak Bercerai?

1-4-2019 01:07 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3254| Komen: 15|Original author: Oleh: intan

Perkahwinan interracial antara Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan kini berantakan hanya setelah 4 bulan bersama. Berita mengejutkan itu dilaporkan oleh majalah tabloid OK! Magazine yang mendakwa pasangan tersebut bersedia untuk mengambil langkah perceraian disebabkan oleh sudah tiada rasa cinta dan persefahaman antara mereka.

Menurut sumber, pasangan tersebut sering bertelagah mengenai hampir semua perkara selain daripada dikatakan Priyanka bersifat Queen Control dalam rumah tangga mereka.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018, dan menurut sumber lagi, keputusan Nick dan Priyanka sebenarnya agak terburu-buru untuk mendirikan rumah tanggan dan kini berada dalam keadaan tidak keruan.

"Sebelum berkahwin dengan Priyanka, Nick melihat sisi lemah lembut wanita tersebut, namun setelah berkahwin Nick berasa terkejut melihat sisi lain isterinya yang panas baran dan suka mengawal hidupnya. Ini merupakan satu kejutan baru buat Nick dan keluarga Nick menggesa untuk menamatkan hubungannya kerana merasakan Priyanka terlalu kebudak-budakkan.


Keluarga Nick beranggapan Priyanka seorang wanita yang matang dan bersedia untuk memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri dan menimang cahaya mata namun anggapan mereka salah kerana Priyanka seperti seorang remaja yang masih mahu berparti.

Nick, 26 dan Priyanka, 36 berkahwin pada awal Disember lalu setelah mengikat tali pertunangan hanya dalam tempoh dua bulan. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote FaryneeAwLea 3-4-2019 10:37 AM
{:question{:question{:question{:question{:question{:question{:question{:question{:question{:question
Quote munchkin 1-4-2019 11:02 PM
Mana satu betul ni. Kahwin kemain gah
Quote afidahhb 1-4-2019 06:16 PM
Terburu membuat keputusan? Bkn main gah lagi majlisnya. Dgn kainnya disulam penyulam yg plg ramai..haish
Quote 234126 1-4-2019 04:50 PM
cubaan PR meghan markle nak sabotage priyanka sebab kes catfight diorang tu kot? Hahahaha tetiber.
Quote 234126 1-4-2019 04:48 PM
Kesian nick. He looks like a very nice well upbringing kinda guy.
Quote Qwerty007 1-4-2019 04:39 PM
Tabloid xyah percaya sgt.. semalam iols tengok priyanka elok je buat insta live siap menari2 bawah stage time jonas brothers buat show.
Quote Victorioussss 1-4-2019 04:13 PM
Suami tertekan kene paksa makan kari hari2 perhaps?
Quote azwanaliori 1-4-2019 04:12 PM
Ok magazine tu tabloid sampah, baca bole percaya jgn  ler.
Quote RatuDunia94 1-4-2019 03:49 PM
Hmmm.. perkahwinan bg deols just utk legalize jah.. kalau x serasi blah r.. cari partner baru.. deola tau market tinggi senang nk dpt pasangan lain. xde maknanya deols nk terima keburukan pasangan dgn mudah2.. priyanka mmg nampak lembut tp tgok cara pon dh tahu jenis yg dominant.. nick tu muda lg.. jenis x puas berfoya2 lg...
Quote Babanana 1-4-2019 03:22 PM
Nampak bahagia sangat je...{:question
Quote Babanana 1-4-2019 03:21 PM
Nampak bahagia sangat je...
Quote Babanana 1-4-2019 03:21 PM
sheqim: Biar betol?!! Hmm priyanka nampak kakak2 sgt utk nick jonas... aku as a fan pon xsetuju sheols kawen dgn nick ni
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 01:24 PM
Macam hoax sahaja,

Priyanka baru ditemubual last week di the View menyatakan bahagia kawen

Juga the Jonas Brothers baru bercuti dgn pasangan masing2 di kapal mewah last week

Also Priyanka dan pasangan Jonas Brothers baru siap penggambaran video muzik Jonas Brothers terbaru
Quote aijinmisaki 1-4-2019 01:19 PM
Hoax aje kan.
Some dah kata false news je
Quote sheqim 1-4-2019 01:17 PM
Biar betol?!! Hmm priyanka nampak kakak2 sgt utk nick jonas... aku as a fan pon xsetuju sheols kawen dgn nick ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072011 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top