Seorang wanita yang nekad menjadi ibu tumpang untuk anaknya sendiri selamat melahirkan 'cucunya' secara normal. Memetik Mirror, Cecile Eledge, 61, menawarkan dirinya untuk menjadi ibu tumpang bagi menunaikan impian anak lelakinya yang teringin memiliki anak sendiri dengan 'suaminya'. Matthew Eledge, 32, dan pasangannya Elliot Dougherty, 29, pada mulanya tidak percaya apabila Cecile menyatakan hasratnya untuk menjadi ibu tumpang bagi pasangan itu. Sementara itu, dikatakan telurnya pula disumbangkan adik perempuan Elliot, Lea Yribe, 26. Difahamkan, bayi perempuan diberi nama Uma itu dilahirkan pada Isnin lalu dengan berat 2.63 kilogram.
Dikatakan, doktor terkejut apabila Cecile melahirkan secara normal dan bukannya menjalani pembedahan C section seperti yang mereka jangkakan. Warga emas yang sudah melalui fasa menopaus 10 tahun lalu itu dibenarkan doktor untuk menjadi ibu tumpang selepas mereka mengesahkan wanita itu dalam keadaan sihat dan stabil. Menurut Matthew, ibunya tidak pernah menganggap Uma sebagai anaknya, sebaliknya dia menganggap bayi itu sebagai cucunya sejak awal proses lagi. - CARI
|
xtahumenahu replied at 1-4-2019 05:12 AM
celarunya dna baby tuhhhhhhh
kira nenek aka ibu tumpang mengandungkan baby hasil senyawaan sperm an ...
Minami2013 replied at 1-4-2019 01:25 PM
Sperm bf anak lelakinya kot...
aijinmisaki replied at 1-4-2019 01:24 PM
Macam macam dah menopause masih boleh mengandung?
ADVERTISEMENT