CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Baru Dikecam, Berani-Berani Cuba Cium Beyonce Di Bibir Dua Kali

4-4-2019 12:57 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4864| Komen: 17|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pelakon baru siri Power, Omari Hardwick dikecam ramai apabila video menunjukkan dia cuba mencium Beyonce dua kali di bibir tular di media masa. Kejadian dikatakan berlaku di Majlis Anugerah NAACP yang ke-50 malam tadi.


Kredit foto: Carian Google
Dalam video tersebut, pelakon berusia 45 tahun itu memeluk Beyonce kemudian menciumnya di pipi kiri, memeluknya semula dan menciumnya buat kali kedua, kali ini di bahagian bibir sebelum dielak oleh penyanyi itu.



Netizen terutamanya peminat Beyonce yang melihat video tersebut mengecam pernbuatan lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu. Bagaimanapun ada juga yang berpendapat aksi itu hanyalah momen yang janggal kerana kesilapan yang tidak disengajakan.

"Cubaan mencium kali kedua tidak patut, jangan buat lagi,"kata seorang peminat.


Kredit foto: Carian Google
"Sebagai wanita kami sering disentuh, dicium, diraba seperti ini di majlis-majlis tanpa kerelaan, KAMI TIDAK SUKA, jangan lakukan aksi seperti ini lagi," tambah seorang netizen berkongsi rasa marah.

"Pertama, kenapa kamu peluk terlalu lama? Kemudian cuba menciumnya di bahagian mulut? Ini tindakan yang tidak berpatutan, jaga perangai kamu, memalukan!" kata seorang lagi.


Kredit foto: Twitter
Tidak cukup dengan kecaman, peminat Beyonce yeng digelar Beehive juga mengerumuni Instagram Hardwick dan meninggalkan emoji 'lebah' sebagai amaran kepada pelakon itu. 


Kredit foto: Instagram
Seorang peminat bagaimanapun mempertahankan Omari Hardwick. "Dia cuba berbuat baik , menyapa dengan sopan dan berkata hi dan bye tetapi momen berpeluk dan berlaga pipi terlalu janggal sehingga wujud keadaan seperti beliau cuba mencium bibir sedangkan hakikatnya tidak,' kata peminat itu lagi.

Pendapat anda pula bagaimana? Cuba lihat video kejadian tersebut. Adakah Omari berniat jahat ataupun hanya momen janggal? -CARI

1

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 4-4-2019 12:59 PM
Malulah pak cik oiii. Ajerrr gilerrr nak siyummmm bini org.
Quote sehirkedi 4-4-2019 01:02 PM
Gatainya.. Suami dia kat sebelah pun berani nak buat onar.. Ewww.
Quote Ferr_Remy 4-4-2019 01:18 PM
Ala dlm filem Obsessed elok je Beyonka ni romen2 dgn Idris Elba. Haptuihhh nak segan.
Quote Merahsaga 4-4-2019 03:07 PM
rileks la
Quote RatuDunia94 4-4-2019 03:15 PM
Tasty gak Omari tu...
Quote Artemesiaa 4-4-2019 03:40 PM
Impian lamanya tercapai akhirnya agaknya
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 04:40 PM
Jay Z tak hempuk kepala diam ke??
Quote lattehazelnut 4-4-2019 07:00 PM
Rasa cium pipi je.. omputih bukan biasa ke mcm tu..
Quote Humpty 4-4-2019 11:06 PM
Hahahaha  
Quote ikanmasin 4-4-2019 11:33 PM
amboi2x sekali ok 2x dah pelik
Quote titaniumspine 4-4-2019 11:44 PM
ajer geram ler tu
Quote alien88 5-4-2019 11:14 AM
biasa2 je bg iolls
Quote chicozinn 5-4-2019 12:58 PM
halah omputih ajet2 ummah lindungan kaabah lak xleh nak hug2 kiss2 bgai..klu dlm drama ke filem pndai lak ckp sbb ats tuntutan keje so leh ngesek gitu..urghhh
Quote justchu 5-4-2019 01:28 PM
ohh rupanya2 dorang2 pun tak suka ye kena peluk2 kiss2 mcm ni. akak igt dorang rela. nampaknye jantan dorang yg lebih2 suka
Quote somaki 7-4-2019 04:43 PM
Kalu cte omputeh babak ngesek tu diorang ngesek betul2 ke? Ot jap
Quote greantea 8-4-2019 12:18 AM
kalo berlakon, cium bini org pon xpe. sebab berlakon katanya. tuntutan kerja.
kalo real life x boleh. harooommmmmm...

nakharom betul
Quote Shayang 8-4-2019 12:35 AM
somaki replied at 7-4-2019 04:43 PM
Kalu cte omputeh babak ngesek tu diorang ngesek betul2 ke? Ot jap

Aku pun nk tnya pasal ni pastu tak rasa apa2 ke bila dorang kiss beria2 sambil peluk2 atas katil tu?
Kagum tul aku ngn laki bini dorang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.090188 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top