Semalam (1 April), Instagram rasmi syarikat penerbangan murah AirAsia memuatnaik sebuah status yang mengejutkan ramai. Dalam akaun itu, syarikat tersebut mengumumkan logo baru mereka yang direkabentuk seperti QR Code menggantikan logo Airasia yang lama.
Pengumuman itu mengejutkan kerana logo Airasia dengan tulisan merah sememangnya sudah sinonim dengan syarikat penerbangan itu. Beberapa di antara pengikut akaun itu mempersoalkan tindakan yang dianggap tidak bijak oleh pengurusan Airasia. ‘Sebagai sebuah syarikat penerbangan, kami perlu sentiasa mengikut perubahan semasa. Jadi diumumkan inilah logo baru kami! Kami akan mula menggunakannya sedikit masa lagi, nantikan imej baru pesawat kami!' kata status tersebut. Lebih menyakinkan ramai mengenai perubahan itu, Group CEO Tan Sri Tony Fernandes turut meninggalkan komen ‘Class’ menunjukkan tanda persetujuannya terhadap perubahan logo tersebut. Bagaimanapun, 13 jam kemudian, akaun itu memuatnaik sebuah status baru, kali ini mendedahkan bahawa posting mengenai pengumuman logo baru AirAsia itu hanyalah satu gurauan April Fool’s! ‘Kami hanya bergurau. Kami tidak mengubah logo, tapi kami memang bertekad untuk sentiasa memberikan penerbangan terbaik’ kata status terkini itu. Pengumuman kedua itu melegakan ramai yang merasakan logo asal AirAsia masih lagi releven. Bagaimanapun, ada juga yang tidak terkejut dengan gimik ini kerana sudah menduga dari awal. ‘Mengejutkan, tetapi sebenarnya tidak mengejutkan’ kata seorang netizen. - CARI
|
Muntz replied at 2-4-2019 06:29 PM
Boring.... buat april fool flight terhempas ker apa, barulah tak boring.
ADVERTISEMENT