Seorang posmen nyaris maut digilis lori ketika bertugas, semalam. Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku ketika kakitangan Pos Malaysia berkenaan dalam perjalanan menghantar surat pada jam 5.30 petang di Simpang Tiga Belading, Asahan, Jasin. Difahamkan, mangsa, Muhammad Nor Azmi Nordin, 26, berlanggar dengan sebuah lori jenis Nissan yang datang dari arah Tangkak, Johor menghala ke Asahan. Ketika kejadian, pemandu lori berusia 41 tahun itu dikatakan membelok secara tiba-tiba di simpang berkenaan menyebabkan mangsa dari arah bertentangan gagal mengelak. Menurut posmen terbabit, motosikalnya melanggar bahagian tayar belakang sebelah kanan lori sebelum ia terjatuh dan digilis lori berkenaan. Dia bagaiamanapun terselamat dan hanya mengalami retak pada tumit kaki, patah jari dan cedera di bibir akibat terkoyak. Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan kes disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) Akta Lalulintas 166/59. - CARI
|
annehuda replied at 2-4-2019 08:53 PM
Aku kesian posmen ni. Gaji posmen skit je,mmg gaji minimum, tapi keje mcm ni. Peluang nk naik pangk ...
annehuda replied at 2-4-2019 08:53 PM
Aku kesian posmen ni. Gaji posmen skit je,mmg gaji minimum, tapi keje mcm ni. Peluang nk naik pangk ...
annehuda replied at 2-4-2019 08:53 PM
Aku kesian posmen ni. Gaji posmen skit je,mmg gaji minimum, tapi keje mcm ni. Peluang nk naik pangk ...
ADVERTISEMENT