Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle menggemparkan peminatnya apabila memperkenalkan akaun baru Instagram mereka hari ini. Putera Harry, 34, dan Meghan, 37, melancarkan akaun Diraja Sussex itu yang akan diuruskan berasingan daripada akaun utama Diraja @KensingtonRoyal yang selama ini dikendalikan Putera William, 36, dan isterinya, Kate Middleton, 37. Instagram yang menggunakan nama @sussexroyal itu membuat posting pertamanya dengan gambar monogram HM yang menggabungkan huruf pertama nama mereka, disusuli dengan sembilan gambar pilihan termasuk beberapa yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Antara gambar-gambar itu termasuklah lawatan mereka ke Mesir, Australia, New Zealand, Tonga dan Fiji pada tahun lalu. Gambar-gambar itu lengkap dengan nota 'Selamat datang ke Instagram rasmi kami, kami tidak sabar untuk berkongsi semua kerja-kerja kebajikan yang kami sokong, pengumuman penting dan isu-isu yang kami rasa perlu diketengahkan'. 'Kami berterima kasih atas sokongan anda - Harry & Meghan'. Dalam 30 minit pelancarannya, akaun itu menarik 50,000 pengikut dan sehingga kini mencapai 1.5 juta dalam kurang lapan jam. Pelancaran Instagram mereka turut dialu-alukan oleh @KensingtonRoyal yang mengucapkan selamat datang ke dunia Instagram kepada @SussexRoyal. Bagi peminat pasangan Diraja ini, sudah pastinya tidak sabar melihat gambar bayi comel mereka nanti di Instagram ini yang dijangka akan lahir tidak lama lagi. - CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT