Jika anda seorang yang berkerjaya dan tiada masa untuk memasak secara 'grand' buat seisi rumah, mungkin boleh cuba resipi tidak sampai lima minit ini. Selain rasanya yang sedap, ianya juga amat mengenyangkan.
Menelusuri laman Facebook Masak Apa Harini (MAHN), saudari Nur Asykeen telah berkongsi resipi tauhu masak sambal yang sangat sedap. Kebiasaannya, tauhu akan dibuat sebagai masak tiram dan kali ini boleh cuba sedikit kelainan dengan masak sambal pula. Langkah pertama, keluarkan tauhu dari plastik, bilas dengan air dengan berhati-hati supaya tidak berkecai dan potong mengikut saiz dikehendaki. Bulat atau petak, terpulang kepada cita rasa masing-masing. Goreng dengan telur Ambil dua biji telur, tambah sedikit perasa dan garam. Masukkan tauhu ke dalam telur dan rendam sekejap. Kemudian, goreng sehingga kekuningan. Ratah pun dah sedap! Resipi Masak Sambal Untuk resipi masak sambal, mudah sahaja. Rendam 10 tangkai cili kering buat seketika. Kemudian, kisar bersama bawang merah (dalam 10 biji), bawang putih dan halia. Kisar hingga halus dan tumis hingga minyak. Dah garing cili tersebut, masukkan tauhu yang telah digoreng sebelum tambah sedikit serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati. Dah siap tauhu goreng masak sambal. Anak dan suami pasti suka. Selamat mencuba! - CARI |
ainnidzan replied at 3-4-2019 05:22 PM
selalu masak sambal telor je, boleh la try menu baru
Keisha_izara replied at 4-4-2019 12:21 AM
Tauhu jepun kan orang panggil ni,hahaha..sedap ni,selalu buat sup sayur je..nanti boleh cuba resepi ...
OrkedCattleya replied at 4-4-2019 08:43 PM
Selalu masak dengan oyster sauce je..
Boleh la try lepas ni...
iznanaziz replied at 22-4-2019 03:49 PM
cer bg resepi dgn oyster sauce pulak
ADVERTISEMENT