CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kancil Dah Nak 'Roboh' Di Jalan Raya, Pemandu Misteri Ditahan Polis

3-4-2019 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13949| Komen: 66|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tular di media sosial tentang seorang pemandu Kancil misteri sejak beberapa minggu lepas.

Sinar Harian melaporkan, antara kesalahan yang berjaya dikesan terhadap pemandu tersebut termasuk cukai jalan tamat tempoh selain lesen mati sejak tahun 2014.


Kredit foto: Facebook
Pihak polis telah menahan lelaki berusia 45 tahun itu selepas dilihat memandu secara berlawanan arus di Jalan Baru Perai, Bukit Mertajam.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagaian depan dan belakang.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata,

Kredit foto: Facebook
"Ketika ditahan lelaki berkenaan memberitahu mahu ke bengkel rakannya yang terletak berhampiran pusat membeli belah Pacific.

"Dia kemudiannya mendapatkan khidmat lori penunda untuk membawa kereta ke bengkel terbabit dengan diiringi kenderaan polis.

Kredit foto: Facebook
Semakan mendapati lelaki yang berasal dari Raub, Pahang itu mendapati dia bersih daripada sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Saman dikeluarkan dan amaran diberi agar dia tidak memandu melulu serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain. -CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 3-4-2019 12:42 AM
Seperti ini punya condition masih tak di sitar?  Tak masuk akal betul.
Quote ninja boy 3-4-2019 01:09 AM
Kereta patut jln2 dlm kg ja la spt moto2 cabuk, ini gigih masuk bandar salah lorong, lapar mekdi terus pandai masuk lorong betul
Quote awaynepian 3-4-2019 05:54 AM
Apasal baju dia compang camping?..
Dan x dibawa ke spital le utk check mental dia?
Bahaya org ginih...ke dia ni attention seeker
Quote onexox97 3-4-2019 05:58 AM
Takdalah takda duit boleh drive tru McD tu
Quote TuntungReturn 3-4-2019 07:54 AM
sb menyamar ni
Quote EvieWanKenobi 3-4-2019 08:28 AM
onexox97 replied at 3-4-2019 05:58 AM
Takdalah takda duit boleh drive tru McD tu

sewa tow truck pun mampu..
Quote zulka 3-4-2019 09:19 AM
wow, sampai bukit mertajam dah mamat ni...
mamat ni selalu ada sekitar rawang/selayang je, mamat ni bukan sakit mental dia pengutip besi buruk...
Quote raxief 3-4-2019 09:25 AM
karang ada plak yg ikut buat stail kereta reban macam tu
Quote Remyda 3-4-2019 09:32 AM
zulka replied at 3-4-2019 09:19 AM
wow, sampai bukit mertajam dah mamat ni...
mamat ni selalu ada sekitar rawang/selayang  ...

Oic maksudnya memang pakcik ni sihat. Pasainya polis cek rekod memang tadak rekod jenayah lampau
Quote zulka 3-4-2019 09:34 AM
Remyda replied at 3-4-2019 09:32 AM
Oic maksudnya memang pakcik ni sihat. Pasainya polis cek rekod memang tadak rekod jenayah lampau

yup, dia sihat walafiat..kalau di sapa pun dia menyahut sepatah dua, aku penah tegur sekali..

Quote TravellingBear 3-4-2019 09:37 AM
Rasa lawak sbb konon2 memandu melulu. Aleh2 time nak makan jadik disiplin plak beratur
Quote lee_sakura 3-4-2019 09:37 AM
htr la dia ke rumah kebajikan org tua, atleast ada la kwn2 boleh sembang...kesunyian sgt dia tu
Quote dealova04 3-4-2019 09:51 AM
zulka replied at 3-4-2019 09:19 AM
wow, sampai bukit mertajam dah mamat ni...
mamat ni selalu ada sekitar rawang/selayang  ...

iyer,,dia sekitar selayang rawang je..dulu kete iswara kebal kan ? skrg kancil.
rilex jer dia bwk kancil ni.. pintu pon dah barai tau
dia selalu betulkan sdr kete dia
hr tu tersadai jap tepi jln , pastu nmpk dia jln cari2 barang.. pastu tgk kete dia dh leh jalan
mmg dia repair sendiri kete dia
hr tu nmpk kete dia naik bukit ke pasar borong kl..selamba je wpon jln mcm kura2
kat kete dia ada tulis "i'm not muslim"
Quote zulka 3-4-2019 09:53 AM
dealova04 replied at 3-4-2019 09:51 AM
iyer,,dia sekitar selayang rawang je..dulu kete iswara kebal kan ? skrg kancil.
rilex jer dia bw ...

betul boh..dia bukan gila panggil homeless la senang
Quote ch3ngkoy 3-4-2019 10:16 AM
pergh....ni kalau masuk autoshow boleh menang rat rod category nih.. long live 1%ter...!
Quote budakshinchan 3-4-2019 10:19 AM
rupanya dia org kaya.. Saje buat camtu nk cari org yak berhati mulia utk mewarisi segala harta kekayaannya.. sambil cari jodoh #sekian
Quote kucingitam 3-4-2019 10:41 AM
budakshinchan replied at 3-4-2019 10:19 AM
rupanya dia org kaya.. Saje buat camtu nk cari org yak berhati mulia utk mewarisi segala harta kekay ...

mungkin nakcari jodoh ala2 tok janggut cari puspawangi?

Quote CARI-MRO 3-4-2019 11:12 AM
Tular di media sosial tentang seorang pemandu Kancil misteri sejak beberapa minggu lepas.


Sinar Harian melaporkan, antara kesalahan yang berjaya dikesan terhadap pemandu tersebut termasuk cukai jalan tamat tempoh selain lesen mati sejak tahun 2014.



Kredit foto: Facebook



Pihak polis telah menahan lelaki berusia 45 tahun itu selepas dilihat memandu secara berlawanan arus di Jalan Baru Perai, Bukit Mertajam.


Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagaian depan dan belakang.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata,



Kredit foto: Facebook



"Ketika ditahan lelaki berkenaan memberitahu mahu ke bengkel rakannya yang terletak berhampiran pusat membeli belah Pacific.


"Dia kemudiannya mendapatkan khidmat lori penunda untuk membawa kereta ke bengkel terbabit dengan diiringi kenderaan polis.


Kredit foto: Facebook


Semakan mendapati lelaki yang berasal dari Raub, Pahang itu mendapati dia bersih daripada sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.


Saman dikeluarkan dan amaran diberi agar dia tidak memandu melulu serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain. -CARI
Quote Tapayana 3-4-2019 11:17 AM
zulka: wow, sampai bukit mertajam dah mamat ni...mamat ni selalu ada sekitar rawang/selayang je, mamat ni bukan sakit mental dia pengutip besi bu ...


kata pengguna twitter mggu lepas, dr rawang,selayang,gombak,kkb dah nampak dia ni. gambar ni ditangkap pun org kedah, penang yg jumpa. pelik takkan takde rodblok tahan dia.umur baru 45, nampak cam 60

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045357 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top