Demam Nur 2 sedang melanda rakyat Malaysia yang rata-rata memang menanti kesinambungan kisah kehiduapan ustaz dan seorang pelacur ini.
Kebanyakan penonton ramai yang tak senang duduk melihat cerita walaupun baru dua episod ditayangkan. Dalam kesempurnaan jalan cerita Nur ini, tetap ada kesalahannya apabila seorang pengguna Twitter menegur bacaan al-Quran yang dikatakan salah sebutannya.
Shahrulezad bagaimanapun cepat bertindak dan menyesali kesalahan itu. Dia turut menyatakan yang dia bakal mengubah kembali adegan itu dengan bacaan yang betul dan ia boleh ditonton di iflix dan tonton.com nanti. Atiq yang melakonkan babak itu turut sama memohon maaf atas kekhilafannya itu dan berjanji akan mengubah bacaannya dengan rakaman semula. Kebanyakan netizen gembira dengan respon pantas dari pihak produksi Nur 2 ini sendiri. Mereka juga tak sabar untuk melihat apakah masalah yang akan dialami oleh setiap watak dalam drama itu. Penangan Nur memang dahsyat betul! -CARI |
ADVERTISEMENT