Berang janji dimungkiri, seorang lelaki bertindak meminta semula wang upah yang diberikan kepada seorang buruh. Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila dia nyaris ditetak di rumah suspek di flat Desa Keluarga, Chendering, Kuala Terengganu, semalam.
Memetik Sinar Harian, dalam kejadian jam 9.42 pagi itu, mangsa, 56, meminta suspek, 38, memulangkan upah RM50 yang diberikan sebagai wang pendahuluan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan. Suspek bagaimanapun memungkiri janji, tidak melakukan kerja pembersihan berkenaan. Menurut sumber, mangsa yang mendapat tahu mengenai hal itu nekad meminta semula wang upah berkenaan, tetapi suspek enggan memulangkannya hingga berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. Bimbang dengan keselamatan dirinya selepas mendapati situasi semakin menegang, mangsa beredar dari perkarangan rumah suspek.
Namun, ketika menuju ke kenderaannya, mangsa mendapati suspek menghampirinya dengan sebilah golok sebelum melibas ke arahnya. Mangsa yang sempat mengelak bergegas masuk ke dalam trak pikap Toyota Hilux sebelum suspek bertindak agresif dengan membaling senjata berkenaan hingga terkena bahagian belakang kenderaan itu. Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan membuat laporan di Balai Polis Chendering kerana bimbang dengan keselamatan dirinya sebelum suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1.20 pagi tadi. Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
|
JokesCop: Mengikut undang2 baru, ini bukan menyerang. Ini namanya. Entah, tanya blastoff
ADVERTISEMENT