CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya Kerana Tak Cukup Duit Urus Jenazah Anak, Lelaki Ini Disuruh Pulang

5-4-2019 10:21 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5965| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kehidupan memang memerlukan wang, kematian pun begitu juga. Malang sekali, kos untuk pengebumian kini tidak lagi semudah dulu. 

Bayaran pengurusan jenazah semakin mahal sehinggakan ada golongan yang tidak mampu untuk menguruskan pemergian orang tersayang.



Kredit foto: Facebook

Kelmarin, seorang netizen berkongsi cerita bagaimana beliau membantu seorang lelaki yang memerlukan bantuan untuk pengebumian jenazah anaknya. 


Kredit foto: Facebook

Menurut Mohd Zulhairi Zainol atau Hery, lelaki tersebut telah membawa jenazah anaknya ke sebuah jawatankuasa pengurusan pengebumian (yang tidak dinyatakan tempatnya) tetapi telah dikenakan bayaran RM300 untuk pengurusan berkenaan.



Kredit foto: facebook

Oleh kerana si ayah yang baru kematian anak ini tidak berkemampuan, pengurusan jenazah anaknya telah ditolak dan beliau terpaksa kembali ke hospital (bilik forensik) untuk menunda pengebumian itu. Bagaimanapun, pihak forensik telah menghubungi Hery untuk meminta bantuan.


Kredit foto: Facebook

Dengan pertolongan Hery, jenazah anaknya itu berjaya disempurnakan dengan modal serendah RM20. Menurut Hery, si ayah cuba membayarnya dengan RM150 tetapi dia menolak sehinggakan si ayah menangis dan memeluknya berterima kasih.


Kredit foto: Facebook

Ramai netizen yang membaca perkongsian ini mengecam pihak pengurusan tanah perkuburan yang meminta bayaran kepada seorang lelaki yang terdesak dan tidak berkemampuan.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Malah, ramai yang mengeluh kenapa kos pengebumian orang Muslim semakin mahal sehingga seakan-akan bernilai komersial untuk mengaut keuntungan. Sebahagian lagi memuji usaha Hery untuk membantu ayah malang itu selain mendoakan mereka berdua mendapat balasan atas amalan mereka.


Kredit foto: Facebook

Bagi sesiapa yang ingin memberikan bantuan kebajikan, Hery dan rakan-rakannya ada membuat Tabung Amal untuk kes-kes seperti ini. Bolehlah menghubungi beliau di Facebooknya seperti di atas. 

Apakah pendapat anda mengenai kos pengkebumian sekarang? Wajarkah ianya dikomersialkan? - CARI
6

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 5-4-2019 10:26 AM
duit zakat beratus jota dapat, apa salahnya sebahagian tu disalurkan kepada pengurusan jenazah bagi yang kurang berkemampuan...
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 10:32 AM
Sedih sangat, nak kebumi pun payah sekarang ni
Quote 234126 5-4-2019 10:41 AM
Kesiannya jenazah. Even masih kecik. Dunia sekarang dah kurang simpati takda duit no talk.
Quote kodoklawa 5-4-2019 10:54 AM
kena menabung dari sekarang untuk pengebumian diri sendiri
Quote nazzse 5-4-2019 11:01 AM
kodoklawa: kena menabung dari sekarang untuk pengebumian diri sendiri


Macam cina, dari kecik simpan duit utk mati, tu lagi la berbelas, puluh ribu.. Ni ajaran melayu bukan Islam yg sebenarnya
Quote prettyuglybabe 5-4-2019 11:01 AM
bagitau la pengurusan mana yang berkira sangat tu..
apa pun, mak bapak pun bila dah tau bakal menimang anak, sila la bersiap sedia ye..
dari segi kewangan dan kehidupan..
kesian la kat bakal anak tu..
Quote Nonones 5-4-2019 11:08 AM
Sedihnyaaaaaa! teringat anak aku dkt nursery
Quote chicozinn 5-4-2019 11:09 AM
tah la, meollss jadi sebak kalu btul la pihak surau xnk tlong bapak baby syurga ni..ape slhnye acik2 jemaah surau msing2 hulur sorang rm20 k rm50 untuk ckupkn baki lagi rm150 tu?

nama je ahli surau solat tonggang tonggek tapi penerapan solat tu xsampai ke jiwa dorang..
Quote mziskandar 5-4-2019 11:11 AM
Tu pasal utamakan zakat kepada yg terdekat, kaum kerabat, jiran2..
Mereka kenal kita mampu bagi zakat, kita kenal mereka perlukan zakat.
Clean and clear. System dlm Quran dah cantik dah..

Pusat zakat pun bagus juga, promosikan, bagi penerangan kpd pemberi zakat, siapa yg layak terima zakat. Last resort, tolong la pemberi tu agihkan zakat kpd penerima yg dia x kenal.

http://www.utusan.com.my/mega/agama/berikan-hak-kepada-kerabat-terdekat-1.627975
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 11:18 AM
Kesiannya. Semoga Allah membalas kebaikan En.Hery.
Kita permudahkan urusan org, in sha Allah nanti Allah permudahkan urusan kita.
Quote haryatie 5-4-2019 11:22 AM
kesiannya..
org surau pun da kejam
agak kalau org byk duit berduyun duyun  menolong
duit x bleh bwak mati, xde duit rsa nak mati...da mati pun susah nk jd ahli2 yg mati
Quote mamasaffiya 5-4-2019 11:40 AM
Baca tadi kat FB. Ingat kan kat luar negara rupanya negara sendiri  peringatan utk diri sendiri juga
Quote EvieWanKenobi 5-4-2019 11:42 AM
takde tabung khairat kematian ka
kat masjid tempat tinggal dia?
Quote prettyuglybabe 5-4-2019 12:27 PM
EvieWanKenobi replied at 5-4-2019 11:42 AM
takde tabung khairat kematian ka
kat masjid tempat tinggal dia?

pasangan muda-mudi ni berapa kerat je yang join khairat masjid..ramai tak amik tau langsung pun..
Quote mamarock 5-4-2019 12:55 PM
Cash is king
Quote tri-max 5-4-2019 01:01 PM
kesian pasangan muda mudi mcm ni,
da nikah halal, nak kebumi baby yg meninggal dgn cara yg betol pon di nafikan haknya
sbb cash is king
haish .. teruk betul ajk masjid ni
bertuan kan duit bukan pahala
buang je la songkok / kopiah tu, buat malu agama
Quote ninnamina 5-4-2019 01:04 PM
Terbaca kat fb semalam mmg kesian.. takziah atas kehilangan anak. Tp yg mesjid tu dah kenapa org dlm susah kot. Tabung masjidnya kan ada guna je la
Quote Artemesiaa 5-4-2019 01:09 PM
Itulah realitynya zaman sekarang ni tapi syukur akhirnya ada juga yang nak membantu
Quote nisako 5-4-2019 01:58 PM
sedihnye......

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073803 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top