Erma Fatima adalah pengarah yang tersohor di Malaysia. Dia juga seorang ibu seperti masyarakat normal yang lain. Semalam dia ada berkongsi kisah tentang anak ketiganya yang merupakan seorang bekas banduan. Perkongsian itu membuat netizen sebak kerana dia tidak malu berkongsi cerita tentang hidupnya dengan orang ramai. Di dalam video instagram yang dimuat naik oleh Erma, dia menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak banduan. Banyak dugaan yang terpaksa dia lalui dalam membesarkan anaknya itu, tiba-tiba pada satu hari anak angkatnya itu telah pulang ke pangkuan ayah kandungnya. Tidak lama kemudian pada Mei 2016 anaknya telah ditangkap polis dan disabitkan bersalah di atas jenayah yang dirahsiakan. Apabila anaknya dipenjara, memang hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak angkatnya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sanggup melanggar udang-undang negara dan dipenjarakan.
Semasa anaknya itu di dalam penjara, Erma langsung tidak menjenguknya kerana dia marah, kecewa dan malu. Hanya keluarganya sahaja yang selalu datang menjenguk. Apabila anaknya itu telah keluar dari penjara, anaknya yang lain takut untuk membawanya pulang ke rumah kerana mereka bimbang Erma tidak dapat menerimanya kembali.
|
limau_lemon replied at 5-4-2019 01:09 PM
anak erma yg penah bercinta dgn sh sakinah yg mana satu ..
R.A.M.A_mirror replied at 5-4-2019 06:27 PM
baru baca di IG tadi..
emma ni tiada anak kandung kan..
so semua anak angkat or tiri sahaja..
ADVERTISEMENT