"Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram hampir 300 mesej setiap hari, bukan untuk 'mengorat' tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on."
Ramai yang memuji penampilannya semakin kacak tampan selepas bercerai, dengan badan yang kurus tidak boroi. Rashidi tampil menjelaskan sudah lama mengamalkan aktiviti senaman sejak perkahwinan bersama dengan Vanidah Imran 16 tahun yang lalu.
Namun Rashidi tidak selesa dengan gelaran duda berhias itu. Dia kini masih dalam proses move on. Sebab itulah berat badannya semakin menurun kerana dia stress dengan hidupnya tanpa isteri di sisi.
Ramai yang menuduh dia bercerai kerana hubungan mesra dengan bekas dewi remaja namun dia menafikan tuduhan itu.
Untuk pengetahuan anda, Rashidi dan Vanidah sudah 17 tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Mereka berkahwin pada 1 oktober 2000 dan bercerai pada 9 ogos tahun 2018. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My