CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tak Mengaku Cabul Bekas Isteri

8-4-2019 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3600| Komen: 11

Lelaki berusia 61 tahun berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana mencabul bekas isterinya, lapor Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro


Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan bekas isterinya yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Marang, jam 12 tengah hari pada 4 April lalu.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa enam anak itu datang ke rumah mangsa dengan alasan mahu membaiki rumah sebelum bertindak demikian.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.


Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Menurut laporan, pasangan itu dikatakan sudah hampir tiga tahun bercerai. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • ixora87


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 8-4-2019 03:29 PM
aiseeyyy pokcik

gila  talak lagi ke apa ni?

malu la dah tua2 buat perangai gini
Quote nono86 8-4-2019 03:54 PM
Kesian nya
Quote EvieWanKenobi 8-4-2019 05:07 PM
malunya.. orang dah tak sudi..
Quote ikanmasin 8-4-2019 05:22 PM
pakcik oh pakcik nak tlg baiki umah tp paksa minta upah ya
dgn bekas istri..dah niat tak elok pakcik ni tau
Quote ixora87 8-4-2019 07:34 PM
Pokcik.. oo pokcik...
Quote onexox97 9-4-2019 07:49 AM
Eloklah elok kawen bercerai
Dah tak dapat cara halal terpaksa cabul pula
Dah cabul dosa dunia akhirat
Kena denda tu nanti jangan minta duit drp anak pulak
Quote kenarikelabu 9-4-2019 09:52 AM
Gila talak la nih...
Quote AwanCikDania 9-4-2019 11:14 AM
Kesian pak cik gila talak ya.
Quote ayyyyangg 10-4-2019 09:36 AM
Ni mesti gila talak ni
Quote leylapple 10-4-2019 10:07 AM
umo 62 kubur dah kata mari pun masih nak mencabul?

mesti ada sbb kenapa bini dah jadi bekas bini.. bini muda pulak tu
Quote None68 20-4-2019 07:07 AM
Carilah isteri lain pakcik..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.168603 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top